Harian Metro

Tujuh lagi lokaliti dikenakan PKPD

-

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) akan dilaksanak­an di tujuh lokaliti di Sabah, Johor dan Pahang selama 14 hari bermula esok hingga 14 September ini.

Ketua Pengarah Keselamata­n Negara, Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentang­an Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa jangkitan

Covid-19 di lokaliti itu.

“PKPD di Sabah membabitka­n Kampung Lotong di Kota Marudu dan Kampung Penangah di Tongod.

“Tiga lokaliti di Mukim Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan pula yang dikenakan PKPD ialah Kampung Lata Tual, Kampung Tok Uban dan Kampung Kubang Kerian,” katanya, semalam.

Menurutnya, turut dikenakan PKPD ialah dua lokaliti di Bera, Pahang membabitka­n Kampung Batu Papan

dan Kampung Batu Papan Tengah.

“Selain itu, dua lokaliti di Pahang dan Sabah iaitu Kampung Temalian di Raub dan Kampung Hidayat Batu 4 yang sepatutnya tamat PKPD esok (hari ini) dilanjutka­n sehingga 14 September depan,” katanya.

Sementara itu, Rodzi berkata, selepas meneliti pembentang­an oleh KKM, sebanyak tujuh lokaliti di Pahang dan Sabah ditamatkan PKPD hari ini.

“Lokaliti di Pahang yang ditamatkan ialah Kampung Luit di Maran manakala lima lokaliti di Tawau, Sabah ialah Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik; Kampung Sri Aman, Taman Semarak Jaya, Lorong Damai dan Lorong Haji Marzuki di Jalan Damai.

“Sementara itu, satu lokaliti ditamatkan lebih awal iaitu Kampung Kuala Abai, Kota Belud yang sepatutnya tamat pada 1 September ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia