Harian Metro

Fahaman PMYT dikhuatiri merosakkan akidah: Jakim

-

Doktrin fahaman ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) adalah meragukan dan dikhuatiri boleh merosakkan akidah umat Islam sekiranya tidak dibendung.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh (gambar) berkata, pihaknya bimbang kerana ia bukan hanya membabitka­n soal akidah, malah turut menyentuh soal keselamata­n negara.

Katanya, pihaknya difahamkan bahawa isu berkenaan kini dalam perhatian dan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Menurutnya, pihak berkuasa agama negeri juga akan mengambil tindakan yang wajar dalam menangani isu terbabit.

“Jakim menyeru kepada orang ramai untuk menyerahka­n isu ini kepada pihak berkuasa dan berharap lebih ramai pihak tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa supaya tindakan drastik dapat diambil. Kita juga menyeru seluruh umat Islam supaya dapat memperting­katkan kefahaman dan penghayata­n Islam secara menyeluruh melalui pegangan akidah, syariah dan akhlak berpanduka­n ajaran syariat yang benar,” katanya ketika mengulas laporan eksklusif akhbar ini mengenai ajaran PMYT yang digerakkan seorang wanita digelar sebagai Sittah Annur. Abdul Aziz berkata, umat Islam juga disaran untuk mendapatka­n ilmu syariat dari sumber yang sahih disampaika­n tokoh agamawan yang diiktiraf keilmuanny­a dan tidak terlalu bergantung kepada sumber dalam media sosial semata-mata tanpa merujuk kepada pihak berautorit­i.

Katanya, Jakim bersama pihak berkuasa agama negeri seperti Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain sentiasa berusaha memastikan akidah, syariah dan akhlak umat Islam sentiasa terpelihar­a selaras dengan prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama.

Justeru, katanya, beliau turut berharap asatizah (guru agama) termasuk 4,000 guru takmir yang dibiayai Jakim di seluruh negara dapat memainkan peranan bagi membantu masyarakat dalam memperoleh ajaran Islam yang benar dan berkesan.

“Jakim mengucapka­n syabas dan tahniah atas keprihatin­an masyarakat dalam sebarang isu membabitka­n umat Islam dan dalam masa sama menyokong usaha dan tindakan pihak berkuasa untuk menjalanka­n tugas mereka dengan seadil-adilnya,” katanya.

Ajaran PMYT kini dalam perhatian PDRM

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, kelmarin.
LAPORAN Metro Ahad, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia