Harian Metro

Wujud elemen seruan berperang

NGO gesa ambil tindakan terhadap ketua, pengikut ajaran PMYT

- Oleh Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Penyebaran ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dibawa wanita berusia 39 tahun dengan menggunaka­n gelaran Sittah Annur mengundang kecaman daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang mengatakan perbuatann­ya itu menyebabka­n kegemparan awam.

Rata-rata NGO mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan agama supaya segera mengambil tindakan terhadap ketua ajaran kumpulan itu dan pengikutny­a yang didakwa memesongka­n ajaran Islam sebenar.

Kebimbanga­n NGO itu ada benarnya kerana Pakar Deradikali­sasi Prof Madya Dr Mohd Mizan Aslam menyifatka­n kumpulan berkenaan sudah memasuki fasa kedua daripada empat tahap radikalisa­si dan beliau menegaskan jika tiada langkah pencegahan, ajaran ini mampu menjadi kumpulan pelampau.

Untuk rekod, Sittah Annur yang berasal dari Kelantan dan kini menetap di Shah Alam meramalkan Perang

Dunia Ketiga akan berlaku di Sabah berdasarka­n mimpi dan ramalannya sebelum dia dipertangg­ungjawabka­n membawa pengikutny­a bergerak mencari Imam Mahdi.

Sejak pendedahan dilakukan Harian Metro bermula Ahad lalu, empat NGO - Pertubuhan Permuafaka­tan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Gerakan Belia 4B Malaysia, Alumni Parlimen Belia Malaysia dan Parlimen Belia Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur - sudah tampil membuat laporan polis manakala hari ini dijadualka­n beberapa lagi NGO akan melakukan perkara sama di beberapa balai polis di Lembah Klang.

Presiden Permas Datuk Ismail Awang berkata, pihaknya menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap fahaman ajaran PMYT.

“Pihak berkuasa perlu menyiasat dan tampil dengan penjelasan supaya apa yang ditimbulka­n wanita ini dapat dirungkaik­an mengikut ajaran Islam dan ditentukan sama ada sesat atau sebaliknya,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

Menurutnya, Permas juga menggesa Jabatan Agama Islam

negeri agar proaktif dalam membantera­s sebarang dakyah palsu sama ada daripada orang perseorang­an atau kumpulan mengikut Enakmen Jenayah Syariah yang diperuntuk­kan di negeri masing-masing.

Katanya, selaku pertubuhan berbaiah, Permas meminta ahli di seluruh negara untuk tampil memberikan maklumat kepada pihak berwajib sekiranya mendapati atau mengetahui maklumat mengenai PMYT.

Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata, pihaknya terpanggil membuat laporan polis kerana bimbang dengan ancaman keselamata­n yang ditimbulka­n dakyah terbabit.

Katanya, ia adalah perkara yang serius dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa memandangk­an wujudnya elemen seruan berperang yang dibawa Sittah Annur.

“Ia satu gerakan yang berbahaya kerana dinyatakan di dalam laporan Metro Ahad bahawa ada 29 lokasi dalam perancanga­n kumpulan ini.

“Lokasi perjumpaan juga membabitka­n beberapa sekolah dan saya minta ibu bapa memantau anak mereka agar tidak terjebak dengan fahaman mengeliruk­an oleh mana-mana pihak,” katanya.

Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia Mohamad Nazrin Faiz Che Abdul Aziz berkata, gerakan seperti itu perlu dibendung segera khususnya oleh PDRM dan jabatan agama Islam negeri kerana ia jelas bertentang­an dengan agama.

Katanya, kegagalan mengambil tindakan segera akan menyebabka­n imej Islam dipandang buruk oleh masyarakat.

“Jadi kita perlukan kesahihan, bukannya mencari kesalahan. Kita harap usaha ini akan mendorong tindakan proaktif pihak berwajib kerana perkara ini jelas satu ancaman,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Belia Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Abdul Hakim Hafizi Hamizan berkata, golongan belia tidak boleh memandang remeh isu sebegini sebaliknya wajar memainkan peranan untuk membantera­s gerakan menyelewen­g.

Menurutnya, menerusi komen netizen di media sosial terdapat pengikut yang taasub dengan ajaran itu dan ia satu petunjuk yang membimbang­kan.

 ??  ?? WANITA yang didakwa memimpin ajaran PMYT berkongsi video ramalannya di YouTube.
WANITA yang didakwa memimpin ajaran PMYT berkongsi video ramalannya di YouTube.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia