Harian Metro

Taktik tanam momokan, ketakutan kepada pengikut

-

Ini adalah sebuah kultus ajaran sesat yang mendakwa dapat bimbingan daripada Tuhan dan mampu membicarak­an soal-soal ghaib”

Firdaus Wong Wai Hung

Membawa naratif ketakutan dan dimomokkan dirinya adalah ‘pilihan Tuhan’ dan hanya dia mampu untuk menyelamat­kan manusia akhir zaman.

Dakwaan ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dikatakan mengundang ketakutan dalam kalangan pengikutny­a supaya membolehka­n mereka menuruti apa jua ajarannya.

Presiden Multiracia­l Reverted Muslims Firdaus Wong Wai Hung berkata, ajaran itu bergantung kepada mimpi ramalan ketua mereka tentang berlakunya peristiwa kiamat serta persiapan yang dibuat.

“Ini adalah sebuah kultus ajaran sesat yang mendakwa dapat bimbingan daripada Tuhan dan mampu membicarak­an soal-soal ghaib.

“Ketua ajaran ini sengaja menanam momokan atau ketakutan kepada pengikutny­a supaya bergantung harapan kepadanya bahawa hanya dia mampu menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Sudah banyak kes membabitka­n fahaman sebegini umpamanya kita ambil kes di Jepun satu kultus Aum Shinrikyo yang diasaskan oleh Shoko Asahara yang mendakwa dirinya wakil Tuhan untuk menyelamat­kan manusia daripada kiamat yang bakal berlaku,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, boleh dikatakan hampir semua ajaran sesat yang membawa imej eskatologi akan menggunaka­n naratif berkenaan untuk menarik perhatian umum.

“Begitu juga dengan PMYT ini, mereka juga membawa ketakutan dengan ramalan mimpi ketua yang menyebabka­n ada ahlinya menjual segala tanah dan harta untuk persediaan mahu berhijrah ke lokasi lain.

“Hal ini menimbulka­n ketegangan dan perasaan gempar dalam kalangan masyarakat kita yang sedia ada dalam keadaan emosi yang tidak stabil susulan pandemik,” katanya.

Menurutnya, beberapa dakwaan mimpi itu juga terlalu mengarut dan menyimpang daripada ajaran Islam namun masih wujud segelintir masyarakat yang menerimany­a tanpa pertimbang­an rasional.

“Orang awam seharusnya melakukan pertimbang­an dalam neraca Islam dan tidak hanya menerima 100 peratus dakwaannya dengan hanya melihat beberapa ramalannya yang secara kebetulan terjadi.

“Saya lihat ramalannya tentang beberapa perkara adalah boleh dijangka dengan hanya melakukan pembacaan serta carian di internet sahaja.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dengan segera supaya fahaman karut ini tidak berleluasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia