Harian Metro

Kes bomoh pukul bomoh

Empat pengamal perubatan tradisiona­l mengaku tak bersalah

- Oleh Hidayatida­yu Razali am@hmetro.com.my Kota Bharu

Empat pengamal perubatan tradisiona­l mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan sengaja mendatangk­an kecederaan ke atas seorang lelaki yang juga seorang bomoh, awal bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Shamsul Izwan Midin, 33, Idrees Ishak, 42, Muhammad Firdaus Mohd Adnan, 33, dan Mohd Eric Mohd Ramli, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan ke atas Ahmad Shahrill ‘Ariff Zainol, 39, di sebuah inap desa Al Quds Jalan Taqwa, Kampung Huda di sini, jam 4 pagi pada 5 Ogos 2021.

Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahril Ramli manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam bela Mohd Azrul Hasyimi Mohammad. Mahkamah menetapkan 4 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan membenarka­n semua tertuduh diikat jamin RM3,000 seorang serta masing-masing dengan seorang penjamin.

Akhbar sebelum ini melaporkan polis menerima laporan membabitka­n seorang bomoh berusia 39 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu Sihir 7 Keturunan dan santau yang tular di media sosial pada awal bulan ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kes berpunca daripada perselisih­an faham antara sekumpulan lelaki dengan mangsa iaitu seorang pengamal ilmu perubatan tradisiona­l yang berasal dari Kangar, Perlis dan datang ke Kelantan bagi membincang­kan urusan rawatan tradisiona­l.

Mahkamah menetapkan 4 Oktober depan untuk sebutan semula kes

 ??  ?? EMPAT tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
EMPAT tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia