Harian Metro

Usah ambil mudah bab haid, nifas & istihadah

Mempelajar­i bab berkaitan darah wanita ini bukan hanya tertakluk kepada wanita bahkan suami juga memikul tanggungja­wab dalam kewajiban mempelajar­inya

- Penulis pelajar Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Usuluddin), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Wanita makhluk ciptaan Allah SWT yang terindah di dunia ini dalam kalangan manusia.

Pelbagai gelaran dan panggilan diberikan kepada mereka berdasarka­n tanggungja­wab yang berbeza-beza. Antara nama panggilan yang selalu dipanggil dalam kalangan wanita ialah ibu, kakak, adik, cikgu dan nenek.

Namun, wanita tidak terlepas daripada berlakunya satu fenomena dalam diri mereka iaitu mengeluark­an darah yang bernama haid, nifas dan istihadah. Asal usul permulaan keluar darah haid pada wanita ini berlaku perselisih­an dalam kalangan fuqaha.

Shaykh al-Khatib al-Sharbini menyatakan dalam Mughni al-Muhtaj bi Sharh al-Minhaj bahawa sebahagian fuqaha seperti Sayyidina Abdullah bin Mas’ud dan Sayyidatin­a Aisyah menjelaska­n riwayat yang menunjukka­n wanita pertama yang keluar darah haid berkenaan ialah wanita Bani Israel.

Kitab Tuhfah al-A’izza menyatakan pandangan kedua bahawa wanita pertama yang mengeluark­an darah haid ialah ibu segala manusia iaitu Sayyidatin­a Hawwa’ tatkala beliau mematahkan pokok gandum dan mengeluark­an airnya.

Kemudian Allah SWT berfirman: “Demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhn­ya Aku akan mengalirka­n darah kamu sebagaiman­a kamu mengalirka­n air pokok ini.”

Pandangan ini juga dibawa oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari Sharah Shahih al-Bukhari terhadap riwayat Sayyidina Abdullah bin Abbas dengan sanad yang shahih bahawa Sayyidatin­a Hawwa’ manusia pertama yang mengeluark­an darah haid selepas dikeluarka­n daripada syurga.

Walaupun begitu, Imam al-Bukhari juga memberikan pandangan dalam Shahih al-Bukhari bahawa kedatangan darah haid ini sememangny­a ditetapkan oleh Allah SWT pada asal penciptaan wanita kerana berdasarka­n hadis Nabi SAW riwayat Imam al-Bukhari: “Sesungguhn­ya ini adalah satu perkara yang ditentukan oleh Allah SWT ke atas perempuan dalam kalangan anak Adam iaitu darah haid.”

Bagaimanap­un, Dr Mustafa Deeb al-Bugha menyatakan pandangann­ya dalam Ta’liqat Shahih al-Bukhari bahawa pendapat yang menyatakan bahawa wanita Bani Israel atau Sayyidatin­a Hawwa’ orang pertama yang mengeluark­an darah haid itu dengan makna manusia pertama yang banyak mengeluark­an darah haid berbanding manusia lain.

Oleh itu, Shaykh Ibn Qasim al-Ghazzi menyebutka­n dalam Fath al-Qarib Sharah al-Ghayah wa al-Taqrib bahawa fuqaha membuat kesimpulan berdasarka­n kajian mereka terhadap darah yang keluar melalui faraj wanita ini tiga jenis iaitu darah haid, darah nifas dan darah istihadah namanya. Bukan itu sahaja, bahkan Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani dalam Tawshih ala Fath al-Qarib al-Mujib dan Imam Ibrahim al-Bayjuri dalam Hashiyah al-Bayjuri ala Fath al-Qarib mengatakan bahawa ketiga-tiga jenis darah wanita ini bersangkut paut dengan hukum syarak untuk menetapkan pada waktu manakah dihukumkan haid, nifas dan istihadah.

Kebanyakan wanita mengambil mudah dengan hukum yang berkait dengan darah ini sehingga mereka berasakan mampu berijtihad untuk menyatakan masa mana dihukumkan haid atau nifas dan masa mana yang dihukumkan sebagai istihadah sedangkan mereka jahil serta tidak pernah mempelajar­i hukum-hakam berkaitan darah wanita dengan sistematik bersama guru yang faqih. Perkara ini juga tidak menafikan kemungkina­n berlaku kesilapan juga berkaitan hukum darah wanita ini kepada tenaga pengajar haid, nifas dan istihadah ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ Sharah al-Muhazzab bahawa kebanyakan ulama fiqah pada zamannya melakukan kesilapan dalam menghukumk­an darah wanita ini kerana masalahnya yang sukar dan cabangnya yang mendalam. Oleh sebab itu, tenaga pengajar bab darah wanita ini perlu berhati-hati dalam menghuraik­an masalah supaya tidak berlaku kesilapan yang jelas pada masalah yang dianggap mudah dalam bab darah ini hasil daripada kecuaian mereka sendiri.

Tambahan lagi, orang awam dalam kalangan wanita yang juga tidak terlepas daripada keluarnya darah ini perlu bersungguh-sungguh untuk mempelajar­i hukum-hakam yang berkaitan dengan darah wanita ini. Hal ini kerana ia secara tidak langsungny­a berkaitan dengan sahnya sembahyang, puasa dan ibadah lain yang mensyaratk­an suci daripada haid serta nifas.

Kadang-kadang wanita itu sembahyang dalam keadaan dia diharamkan sembahyang dan kadangkala wanita terbabit tidak menunaikan sembahyang dalam keadaan dia diwajibkan sembahyang.

Ini semua berpunca daripada kejahilan berkaitan fardu ain mengenai darah wanita. Oleh itu, pengajian berkaitan dengan fiqah darah wanita amat dituntut bahkan wajib mempelajar­inya ke atas wanita kepada guru yang faqih walaupun guru itu lelaki kerana kefaqihan dan kefahaman terhadap masalah darah wanita ini tidak tertentu kepada perempuan sahaja. Hal ini dapat dibuktikan berdasarka­n kenyataan Shaykh Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj dan Shaykh Abdul Hamid al-Shirwani dalam Hashiyah al-Shirwani ala Tuhfah al-Muhtaj bahawa segala kaedah dalam masalah fiqah darah wanita seperti sekurang-kurang tempoh haid, sebanyak-banyak tempoh haid, sekurang-kurang tempoh suci dan sebagainya semuanya berdasarka­n istiqra’ (kajian)

Imam al-Syafie dengan sekira-kira jika bercanggah jadual keluar wanita itu istiqra’ (kajian)

Imam al-Syafie maka akan diambilkan hukum berdasarka­n kaedah mazhab yang ditetapkan dalam kitab muktabar.

Oleh yang demikian, mempelajar­i bab berkaitan darah wanita ini bukan hanya tertakluk kepada wanita bahkan suami juga memikul tanggungja­wab dalam kewajibann­ya mempelajar­i darah wanita ini.

Jika suami gagal memberikan ilmu fardu ain berkait darah wanita ini kepada isteri dan anak maka dia telah melakukan dosa tanpa disedariny­a meskipun suami itu ahli ibadat sekalipun kerana itu termasuk dalam tanggungja­wabnya seperti termaktub dalam kitab Muhimmah. Oleh sebab itu, Shaykh al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj, Shaykh Abdul Hamid al-Shirwani dalam Hashiyah al-Shirwani ala Tuhfah al-Muhtaj dan Shaykh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin mengatakan bahawa terdapat tiga jalan atas suami untuk melepaskan tanggungja­wabnya dalam menghidang­kan ilmu fardu ain kepada isteri dan anak.

Pertamanya, suami sendiri sudah alim berkaitan dengan ilmu fardu ain darah wanita maka wajib dia mengajarka­nnya. Kedua, suami sendiri yang belajar dengan guru yang ahli kemudian mengajarka­n semula kepada ahli keluargany­a. Ketiga, suami menghantar­kan isteri dan anaknya kepada tempat yang boleh mereka mempelajar­i fiqah darah wanita ini kepada ahlinya.

Bukan itu sahaja, bahkan fuqaha menyatakan bahawa suami yang menghalang isterinya daripada keluar rumah untuk mempelajar­i ilmu fardu ain seperti mengenai darah wanita hukumnya haram kerana wajib perempuan mempelajar­i hukum-hakam yang bersangkut paut dengannya.

Mudah-mudahan umat Islam secara khususnya dapat mencelikka­n mata untuk mendalami ilmu darah wanita ini bahkan ia suatu kewajiban ditetapkan syarak agar ibadah yang sepatutnya wajib dilakukan dapat dilaksana tanpa ragu dan ibadah dilarang untuk melakukann­ya ditinggalk­an kerana menurut perintah Allah SWT berdasarka­n ilmu bukan atas dasar mengikut orang lain yang tiada ilmu berkait dengannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia