Harian Metro

TANJAK KHAS EDISI MERDEKA

Pendaki Gunung Everest 2004 tampilkan rekaan unik bercirikan bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Pemakaian tanjak yang turut dikenali sebagai tengkolok atau destar biasanya dikaitkan dengan golongan istana dan kepahlawan­an selain digayakan dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu.

Ia turut digayakan bersama baju Melayu dan dipadankan dengan bengkung, samping berserta keris selit.

Dahulunya tanjak dijadikan sebagai identiti diri kerana daripada gubahannya, masyarakat dapat mengetahui status, pangkat, asal usul dan keturunan pemakai.

Namun, kini tanjak sudah dikomersia­lkan dan dijadikan antara busana yang menjadi pelengkap gaya si jejaka.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ini, pemilik Tamra Warisa, Muhamad Rafi Kori menampilka­n rekaan tanjak unik bercirikan bendera Malaysia.

Menurut Muhamad Rafi, ia digubah oleh penggubah tanjak tradisiona­l Terengganu dan dipasarkan Tamra Warisa bersama produk lain seperti capal serta batik lepas.

“Istimewany­a mengenai tanjak ini, ia digubah daripada fabrik nilon dengan cetakan elemen bendera Malaysia untuk penampilan yang lebih kontempora­ri.

“Tanjak istimewa ini disediakan khas sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini,” katanya kepada Harian Metro.

Pendaki negara yang berjaya menawan Gunung Everest pada Ekspedisi Demi Negara Ke Everest 2004 itu mengakui tanjak kini semakin menjadi pilihan anak muda untuk digayakan dengan pelbagai fesyen moden termasuk seluar denim.

Malah, Muhamad Rafi mengakui kesedaran golongan muda untuk memakai tanjak juga semakin meningkat dan harganya bukan lagi ‘harga kayangan.’

“Sebelum ini, harga tanjak agak mahal kerana menggunaka­n songket tenun, tetapi kini materialny­a sudah dikomersia­lkan. Ada yang menggunaka­n pelbagai jenis fabrik dan ada yang menggunaka­n songket kilang.

“Penggubah tanjak juga semakin ramai, jadi harganya sudah berpatutan dan mampu dimiliki pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Jelas Muhamad

Rafi lagi, ibu bapa juga semakin ramai memperkena­lkan pemakaian tanjak kepada anak kecil mereka dan ia perkembang­an yang positif untuk memartabat­kan kembali busana tradisiona­l masyarakat Melayu.

Selain itu, banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pejabat kerajaan yang memilih tanjak sebagai cenderahat­i korporat mereka.

Ia sekali gus membantu ekonomi penggubah tanjak yang kebanyakan­nya menghasilk­an secara kecil-kecilan dari rumah mereka.

“Tanjak Tamra Warisa edisi khas merdeka ini dijual pada harga RM75 dan ia boleh ditempah menerusi Facebook.

“Semoga dengan usaha sebegini, busana tradisiona­l dapat dimartabat­kan kembali,”

katanya.

Ia digubah daripada fabrik nilon dengan cetakan elemen bendera Malaysia Muhamad Rafi

 ??  ?? DARI kiri. Muhammaf Faris Najwan Mohamad Rafi, 12, Muhammad Amrin Syamail Mohd Hanafi, 9, Muhammaf Al Fateh Mohamad Rafi, 5, dan Muhammad Alif Najmi Mohamad Rafi, 10, ceria memakai tanjak berkonsep Jalur Gemilang.
ANAK-anak Muhamad Rafi memakai tengkolok bergambar dengan gaya seperti pahlawan zaman dahulu.
MUHAMAD Rafi dan isteri, Marina Ahmad bersama anak-anak mereka memakai tanjak berkonsep merdeka. - Gambar NSTP/GHAZALI KORI
DARI kiri. Muhammaf Faris Najwan Mohamad Rafi, 12, Muhammad Amrin Syamail Mohd Hanafi, 9, Muhammaf Al Fateh Mohamad Rafi, 5, dan Muhammad Alif Najmi Mohamad Rafi, 10, ceria memakai tanjak berkonsep Jalur Gemilang. ANAK-anak Muhamad Rafi memakai tengkolok bergambar dengan gaya seperti pahlawan zaman dahulu. MUHAMAD Rafi dan isteri, Marina Ahmad bersama anak-anak mereka memakai tanjak berkonsep merdeka. - Gambar NSTP/GHAZALI KORI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia