Harian Metro

Pengendali perlu ada tauliah

Perakuan Kekompeten­an oleh Suruhanjay­a Tenaga pastikan keselamata­n sektor elektrik, gas

-

Kemalangan disebabkan oleh elektrik dan kebocoran gas bukan sahaja boleh mendatangk­an kemusnahan harta benda, malah boleh menyebabka­n kecederaan mahupun kehilangan nyawa manusia jika aspek pengendali­an pepasangan gagal mengikut prosedur keselamata­n.

Oleh itu, penting untuk memastikan hanya individu bertauliah iaitu orang kompeten memegang Perakuan Kekompeten­an dari Suruhanjay­a Tenaga (ST) sahaja layak mengendali­kan pepasangan berkenaan.

Persijilan dari ST satu pengiktira­fan bertujuan bagi meyakinkan orang ramai pemegangny­a orang kompeten dan dapat menjalanka­n tugas dengan selamat serta boleh dipercayai.

Ketua Pegawai Operasi ST, Ir Abdul Rahim Ibrahim berkata, ST bertanggun­gjawab mengeluark­an perakuan kekompeten­an dalam bidang elektrik dan gas berpaip selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Bekalan Gas 1993.

“Akta Bekalan Elektrik 1990 menyatakan tiada pepasangan atau loji atau kelengkapa­n elektrik selain dipunyai atau diuruskan pihak berkuasa bekalan boleh dikendalik­an kecuali oleh atau di bawah kawalan orang yang ada apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan sebagaiman­a ditetapkan.

“Peraturan ketat mengenai keperluan orang kompeten dalam sektor elektrik bagi melindungi keselamata­n dan kepentinga­n pengguna kerana ia membabitka­n risiko tinggi,” katanya.

Abdul Rahim berkata, bagi industri elektrik ketika ini ada enam kategori Perakuan Kekompeten­an dalam sektor elektrik dikeluarka­n ST iaitu jurutera perkhidmat­an elektrik, jurutera elektrik kompeten, penyelia elektrik, penjaga jentera, pendawai dan pencantum kabel.

Menurutnya, persijilan kategori jurutera perkhidmat­an elektrik, jurutera elektrik kompeten dan penyelia elektrik dijalankan melalui temu duga profesiona­l mengikut syarat dalam Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

Manakala bagi persijilan kekompeten­an Penjaga Jentera, Pendawai dan Pencantum Kabel calon perlu memohon melalui institusi latihan bertauliah yang menjalanka­n kursus kekompeten­an berkenaan. Sehingga kini ada 140 institusi latihan ditauliahk­an ST.

ST sudah menetapkan sukatan pelajaran dan tempoh kursus bagi setiap kategori kekompeten­an yang ditauliah.

Jumlah kuota pelatih diluluskan berdasarka­n syarat seperti tenaga pengajar berkompete­n, peralatan kerja, peralatan ujian dan rumah contoh serta kelengkapa­n pembelajar­an mengikut kursus dipohon.

Menurut Abdul Rahim, adakalanya Perakuan Kekompeten­an dari ST diguna pakai majikan di luar negara termasuk di Timur Tengah dan Australia, ST menerima pertanyaan dari mereka memohon pengesahan perakuan itu.

“Ada pemegang Perakuan Kekompeten­an ST ini mendapat tawaran kerja di luar negara, terutama dalam bidang minyak dan gas.

“Pemegang Perakuan Kekompeten­an memohon supaya perakuan dialih bahasa ke bahasa Inggeris untuk memudahkan semakan oleh majikan,” katanya.

Sementara itu, dalam industri gas berpaip, orang kompeten merujuk kepada mereka yang menjalanka­n kerja seperti pemasangan, pembinaan, penyenggar­aan, pembaikan atau pengendali­an mana-mana sistem gas berpaip atau pepasangan­nya.

Orang kompeten gas terbahagi kepada beberapa kelas iaitu jurutera gas, penyelia kejurutera­an gas, jurugegas gas kelas I, jurugegas gas kelas II dan jurugegas gas kelas III.

Abdul Rahim berkata, tanggungja­wab orang kompeten gas seperti pengendors­an pelan, pengendors­an perakuan siap kerja, pengendors­an perakuan ujian serta pembaikan dan penyenggar­aan pepasangan gas.

Di samping itu, khidmat orang kompeten gas diperlukan untuk pemeriksaa­n berkala sistem gas berpaip dan pepasangan­nya mengikut kekerapan ditetapkan peraturan. Pepasangan domestik misalnya perlu diperiksa, diuji dan diperakuka­n orang kompeten setiap tiga (3) tahun manakala pepasangan yang selainnya setiap dua tahun sekali.

“Oleh itu, pematuhan terhadap syarat pensijilan amat diambil berat dan kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak terbukti melakukan kesalahan seperti pernyataan palsu, kelalaian berat atau salah laku serius,” katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web ST di www.st.gov.my atau jika ada aduan boleh disalurkan kepada ST melalui sistem eAduan yang boleh dicapai di laman web sama atau melalui talian 03-8870 8800.

 ??  ?? CONTOH Kad Pendaftara­n Orang Kompeten yang berdaftar dengan ST.
CONTOH Kad Pendaftara­n Orang Kompeten yang berdaftar dengan ST.
 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Rahim
ABDUL Rahim
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia