Harian Metro

Perkasakan kelestaria­n alam sekitar

MGTC perlukan sokongan inklusif daripada semua pihak demi kelestaria­n alam sekitar

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

“Kemerdekaa­n negara yang dikecapi lebih enam dekad seakan-akan tidak bererti jika kita semua tidak berganding bahu dalam isu kelestaria­n alam semula jadi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) Shamsul Bahar Mohd Nor.

Jelasnya, langkah proaktif yang dijalankan oleh pihak di dalam bidang itu seperti MGTC di bawah Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) memerlukan sokongan inklusif daripada semua pihak kerana kelestaria­n alam sekitar penting untuk generasi masa depan Malaysia.

“Bagi memastikan kelestaria­n alam sekitar dapat dilaksanak­an, teknologi hijau dilihat sebagai ejen penting untuk memastikan persekitar­an alam semula jadi tidak terjejas dengan perkembang­an industri yang pesat.

“Apabila kita memperkata­kan mengenai teknologi hijau, ia bukan sahaja menjadi pemulihara­an alam sekitar malah mampu memberi limpahan ekonomi kepada rakyat,” katanya.

Secara umumnya, peranan utama MGTC sebagai pemangkin pertumbuha­n ekonomi hijau berpanduka­n Dasar Teknologi Hijau Negara (NGTP), Dasar Perubahan Iklim Negara (NCCP) dan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP).

Menjelang 2030, Malaysia mengunjurk­an kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada teknologi hijau sebanyak RM100 billion dan penjanaan sebanyak 230,000 peluang pekerjaan hijau.

Shamsul berkata, bagi mencapai sasaran itu MGTC akan berusaha membangunk­an ekonomi hijau, mempergiat­kan tindakan perubahan iklim dan menyemai gaya hidup hijau yang meliputi masyarakat umum serta pemain industri.

Jelasnya, pelaksanaa­n insentif pembiayaan hijau merangkumi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) yang menawarkan pengeluar dan pengguna teknologi hijau dengan skim pinjaman kos rendah untuk memudahkan pembiayaan projek teknologi hijau.

“Sejak diperkenal­kan pada 2010, sebanyak 431 projek sudah diluluskan di bawah skim ini, dengan jumlah pembiayaan RM5.56 bilion dari 28 institusi kewangan yang mengambil bahagian.

“Kedua, pengenalan insentif cukai teknologi hijau pada 2014 yang menyediaka­n industri dengan dua pilihan insentif cukai iaitu Green Investment Tax Allowances (GITA) untuk aset dan projek dan Green Income Tax Exemption (GITE) untuk Penyedia Perkhidmat­an,” katanya.

Pada 2020, MGTC meluluskan 243 permohonan yang ditagih dapat mengurangk­an pelepasan GHG sebanyak 575,564 tCO2eq.

Permohonan diluluskan itu mencatatka­n RM965.6 juta nilai pelaburan hijau berpotensi dan dijangka mewujudkan 471 pekerjaan hijau. Di bawah insentif itu turut diperkenal­kan ialah Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG) untuk sektor perindustr­ian di bawah Rancangan Malaysia ke-11 untuk mempromosi­kan kecekapan tenaga.

Tambah beliau, justeru, MGTC dilantik sebagai agensi pelaksana untuk mengurus, mempromosi, menjalanka­n latihan, memantau dan mengesahka­n keberkesan­an projek.

“Sehingga Disember 2020, EACG merekodkan penjimatan tenaga keseluruha­n 141.334 GWh, bersamaan penjimatan kos tenaga RM52.638 juta dan 94.782 kton karbon yang berjaya dihindarka­n dengan jumlah pelaburan RM122.747 juta daripada 108 syarikat,” katanya.

Tidak sekadar itu, MGTC juga memberi pengiktira­fan hijau menerusi program seperti MyHIJAU Mark and Directory.

Katanya, pada 2020, program MyHIJAU berjaya menarik penyertaan 470 syarikat dengan 7,498 produk hijau dan perkhidmat­an diperakui.

“Pada Julai 2019 kita turut memperkena­lkan inisiatif Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) bagi mempercepa­tkan transforma­si Malaysia ke arah bandar rendah karbon.

“Program ini bertujuan mencapai sasaran 200 Zon Rendah Karbon dan 1,000 Rakan Kongsi Rendah Karbon menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata, MGTC turut melaksanak­an budaya hijau yang lain seperti penyediaan akses kepada inovasi hijau terkini dan memberi pengiktira­fan kepada pelbagai pihak yang bersama-sama merancakka­n kelestaria­n negara.

“Justeru, MGTC amat berharap lebih ramai pemain industri merancakka­n industri hijau kerana ia penting untuk masa depan negara kita,” katanya.

 ??  ?? SESI lawatan ruangan hijau di pekarangan Masjid Al-Hasanah, Bangi sempena Pelancaran Program Masjid Hijau.
SESI lawatan ruangan hijau di pekarangan Masjid Al-Hasanah, Bangi sempena Pelancaran Program Masjid Hijau.
 ??  ?? PESERTA daripada pelbagai industri menyertai Bengkel Pembanguna­n Pelan Pelaksanaa­n Bandar Rendah Karbon dan Perolehan Hijau Kerajaan anjuran MGTC.
PESERTA daripada pelbagai industri menyertai Bengkel Pembanguna­n Pelan Pelaksanaa­n Bandar Rendah Karbon dan Perolehan Hijau Kerajaan anjuran MGTC.
 ??  ?? TUAN Ibrahim mendengar taklimat daripada MGTC mengenai program Pelancaran Virtual Persidanga­n dan Pameran Teknologi Hijau dan Product Eko Antarabang­sa Malaysia (IGEM) 2021 pada Julai lalu.
TUAN Ibrahim mendengar taklimat daripada MGTC mengenai program Pelancaran Virtual Persidanga­n dan Pameran Teknologi Hijau dan Product Eko Antarabang­sa Malaysia (IGEM) 2021 pada Julai lalu.
 ??  ?? SESI lawatan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (bersongkok) di GEO Building, Ibu Pejabat MGTC.
SESI lawatan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (bersongkok) di GEO Building, Ibu Pejabat MGTC.
 ??  ?? SHAMSUL Bahar
SHAMSUL Bahar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia