Harian Metro

‘Private party’ terganggu pukul 3.30 pagi

-

Alor Setar: Keseronoka­n 15 individu termasuk remaja menyewa inap desa untuk mengadakan parti persendiri­an terbantut apabila mereka dicekup polis dalam serbuan awal pagi semalam.

Difahamkan, inap desa di Jalan Suka Menanti di sini, disewa dengan harga RM200 dan ketika serbuan alunan muzik kuat berkumanda­ng sehingga mengganggu ketenteram­an penduduk.

Serbuan dilakukan pada 3.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerusi Ops Private Party selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menahan 11 lelaki dan empat remaja perempuan berusia antara 15 hingga 22 tahun termasuk enam daripada mereka masih bersekolah.

“Hasil siasatan menemui satu peket plastik lutsinar mengandung­i empat biji pil berwarna ungu disyaki ekstasi yang disembunyi­kan di bahagian dapur rumah itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen

12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan hasil saringan awal air kencing mendapati lima daripada mereka termasuk dua remaja perempuan berusia 15 dan 19 tahun didapati positif dadah jenis methampeta­mine,” katanya, semalam.

Ahmad Shukri berkata, kelima-lima remaja terbabit disiasat mengikut Seksyen 15(1) ADB 1952 kerana positif dadah.

Beliau berkata, semua 15 tangkapan itu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu gagal menjaga penjarakan fizikal ketika berada dalam inap desa berkenaan.

“Kompaun dikeluarka­n mengikut Peraturan 16 Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 1988.

“Semua mereka berasal dari sekitar Alor Setar dan ibu bapa dinasihatk­an supaya mengawasi anak masing-masing dan mengetahui lokasi mereka berada bagi mengelak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 15 individu termasuk remaja belasan tahun yang ditahan dalam sebuah inap desa di Jalan Suka Menanti. - Gambar NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI
SEBAHAGIAN daripada 15 individu termasuk remaja belasan tahun yang ditahan dalam sebuah inap desa di Jalan Suka Menanti. - Gambar NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia