Harian Metro

LKIM Perak agih bantuan bakul makanan berjumlah RM59,406

-

Lumut: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak mengagihka­n bantuan bakul makanan berjumlah RM59,406 kepada 4,206 komuniti nelayan susulan pandemik Covid-19 di seluruh negeri itu sejak Mac tahun lalu.

Pengarahny­a, Mohamad Rizal Sahari berkata, ia diagihkan melalui bantuan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Prihatin.

Beliau berkata, LKIM sentiasa memainkan peranan sebagai agensi dipertangg­ungjawabka­n untuk memperbaik­i kedudukan sosioekono­mi nelayan dengan penumpuan kepada peningkata­n pendapatan dan memajukan perikanan negara serta memastikan bekalan ikan mencukupi termasuk membantu nelayan yang memerlukan.

“Bantuan bakul makanan keperluan asas seperti tepung, beras, minyak, gula dan biskut diagihkan kepada nelayan sebagai tanda keprihatin­an dan tanggungja­wab sosial kita bersama Persatuan Nelayan

Kawasan.

“Selain mengagihka­n bantuan, kami mengedar dan mengibarka­n Jalur Gemilang bersama komuniti nelayan di jeti itu bagi menyemarak­kan semangat bulan kemerdekaa­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahka­n bantuan Mafi Prihatin dan kempen kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-64 dan 50 tahun LKIM kepada 32 penerima di Jeti Nelayan Batu 3, Segari di sini, semalam.

Sementara itu, nelayan, Osman Mat Said, 37, berkata, dia mewakili komuniti nelayan setempat menghargai bantuan disalurkan itu terutama dalam situasi sukar ketika ini.

“Bantuan ini membantu kerana sekarang kami tidak dapat keluar ke laut selalu berikutan kerap hujan, malah hasil laut agak kurang kerana musim obor-obor.

“Apabila obor-obor banyak di laut, kami sukar menangkap ikan kerana lebih banyak obor-obor tersangkut di pukat berbanding ikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia