Harian Metro

RM20k tak jual

Lelaki miliki akhbar bertarikh 1 September 1957, sehari selepas negara capai merdeka

- Bernama

“Meskipun pernah ditawarkan RM20,000 oleh seorang pembeli beberapa tahun lalu, saya tidak sanggup menjualnya kerana percaya nilai khazanah ini lebih tinggi,” kata Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki naskhah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957 iaitu sehari selepas pengisytih­aran kemerdekaa­n negara.

Dia yang menetap di Kampung Kekabu dekat Lemal di sini menjelaska­n akhbar yang dimilikiny­a itu mempunyai 32 muka surat lengkap dan gambar hadapan pula adalah gambar pengisytih­aran kemerdekaa­n oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang bertajuk ‘THIS IS IT!’.

“Saya sebenarnya menemui naskhah akhbar ini ketika merombak rumah pusaka milik arwah kedua-dua ibu bapa selepas banjir besar 2014 lalu.

“Akhbar ini ditemui bersama sebilah keris pusaka dalam keadaan baik. Selepas meneliti saya dapati ia adalah akhbar lama yang menyiarkan mengenai kemerdekaa­n negara iaitu sehari selepas negara mencapai kemerdekaa­n,” kata bapa kepada lapan anak itu.

Jelasnya, dia sendiri tidak mengetahui mengenai khazanah simpanan arwah bapanya itu kerana tidak pernah diberitahu atau melihatnya.

Katanya, arwah bapanya Ismail Salleh yang meninggal dunia pada 1998 adalah peniaga kedai runcit manakala ibunya, Saodah Omar pula meninggal dunia tahun lalu.

Difahamkan, di akhbar itu ada ditulis naskhah itu dicetak dan dikeluarka­n oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.

Mohd Tarmizi berkata, dia percaya naskhah akhbar yang dimilikiny­a itu mempunyai nilai yang tinggi dan tidak ramai yang memilikiny­a.

“Beberapa hari lagi akhbar ini akan berusia 64 tahun iaitu satu tempoh yang lama apatah lagi kandungann­ya adalah mengenai catatan sejarah kemerdekaa­n negara.

“Memiliki khazanah sebegini adalah satu ‘anugerah’ tidak ternilai bagi saya dan berharap dapat dijaga dengan sempurna,” katanya.

Ditanya adakah khazanah itu akan dijual, Mohd Tarmizi berkata, perkara itu boleh dibincangk­an sekiranya harga yang ditawarkan mencapai standard nilai barangan.

 ??  ?? MOHD Tarmizi menunjukka­n akhbar The Sunday Times yang diterbitka­n pada 1 September 1957 yang menyiarkan mengenai pengisytih­aran kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957 yang dimilikiny­a ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kekabu, Pasir Mas, semalam.
MOHD Tarmizi menunjukka­n akhbar The Sunday Times yang diterbitka­n pada 1 September 1957 yang menyiarkan mengenai pengisytih­aran kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957 yang dimilikiny­a ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kekabu, Pasir Mas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia