Harian Metro

Tak mahu staf klinik susah hati

-

Kuala Lumpur: “Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 saya tidak pernah memotong gaji tiga pekerja saya kerana memahami situasi sukar yang mereka lalui. Lagipun ketiga-tiga pekerja saya ibu tunggal,” kata pemilik klinik pergigian Smile Partners, Dr Diane Chai, 46, yang sentiasa mengutamak­an kebajikan pekerjanya meskipun perniagaan diusahakan terjejas akibat Covid-19.

Dr Diane berkata, walaupun pekerjanya menerima gaji bulanan melebihi daripadany­a namun sebagai majikan beliau tidak boleh mengabaika­n tanggungja­wabnya.

“Semua pekerja saya bukan baharu kerja sebulan dua, tetapi ada yang sudah bersama saya lebih 10 tahun. Jadi, saya tahu kalau saya potong gaji pasti mereka akan susah hati.

“Tidak dinafikan walaupun ada menerima Bantuan Prihatin daripada kerajaan, tapi andai kata bantuan itu tiada pun saya akan sedaya upaya cari jalan tidak memotong gaji mereka.

“Soal bayaran gaji sangat penting. Pernah berlaku gaji pekerja lebih tinggi daripada saya kerana gaji saya bergantung kepada keuntungan operasi bulanan,” katanya yang terpilih memenangi 30 Hari 30 Frontliner­s anjuran CSR, Fly FM dan Harian Metro.

Sentiasa optimis dan tidak mudah mengalah, Dr Diane berharap wabak berjangkit itu akan lenyap dengan segera supaya ekonomi Malaysia kembali pulih.

“Jadi, saya berharap masyarakat sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangk­an kes positif Covid-19, sekali gus dapat petugas barisan hadapan berehat kerana wabak ini menyerang lebih setahun di negara ini.

“Malah, saya juga amat simpati dengan nasib kawan saya yang bertugas di wad Covid-19. Ada yang beritahu mereka tidak berani pulang ke rumah dan sanggup duduk berasingan dengan keluarga sebab takut bawa Covid-19 kepada ahli keluarga.

“Kalau kita semua masih berdegil pasti kerja petugas barisan hadapan akan lebih sukar hingga mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk mengekang penularan ini,” katanya.

Saya berharap masyarakat sentiasa menjaga SOP bagi mengurangk­an kes positif Covid-19

Dr Diane

 ??  ?? DR Diane bersama hadiah dimenangi di Klinik Gigi Smile Partners, Jaya One di Petaling Jaya.
DR Diane bersama hadiah dimenangi di Klinik Gigi Smile Partners, Jaya One di Petaling Jaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia