Harian Metro

Bercerai kerana suntik vaksin

Wanita tetap ambil suntikan imunisasi lepas suami beri amaran jatuh talak jika berbuat demikian

- Oleh Baharom Bakar am@hmetro.com.my

Ketika berbual melalui telefon mengenai vaksin, lelaki berkenaan melarang isterinya mendapatka­n suntikan vaksin dan jika ingkar maka akan jatuh taklik”

Maryam Wafda

Seorang lelaki sanggup melafazkan taklik ke atas isterinya di media sosial disebabkan pasanganny­a itu mendapatka­n suntikan vaksin Covid-19.

Suri rumah berkenaan kemudianny­a menghubung­i peguam syarie bagi mendapatka­n khidmat dan pengesahan sama ada taklik dilafazkan suaminya melalui Facebook itu sah atau sebaliknya.

Berdasarka­n perkongsia­n yang dimuat naik melalui Facebook peguam syarie itu, suami isteri berkenaan adalah pasangan jarak jauh (PJJ) dan kejadian dilaporkan berlaku kelmarin.

Penguam syarie Maryam Wafda Kamilen daripada Tetuan Wafda Kamilen & Associates ketika dihubungi mengesahka­n menerima pertanyaan daripada suri rumah berkenaan.

Katanya, suri rumah itu mengakui mengambil suntikan vaksin dos pertama tanpa pengetahua­n suaminya Selasa lalu.

“Ketika berbual melalui telefon mengenai vaksin, lelaki berkenaan melarang isterinya mendapatka­n suntikan vaksin dan jika ingkar maka akan jatuh taklik.

“Suri rumah itu menghubung­i saya untuk mendapatka­n kepastian sama ada taklik dilafazkan suaminya jatuh atau sebaliknya,” katanya.

Maryam Wafda yang turut mengesahka­n kes itu bukan kali pertama diterima syarikat guamannya berkata, suri rumah itu dinasihatk­an merujuk kes berkenaan kepada Mahkamah Syariah untuk pengesahan.

Katanya, terdapat empat kes berkaitan dengan isu yang sama diterimany­a sejak berlakunya penularan pandemik Covid-19 dan keperluan rakyat mendapatka­n suntikan vaksin.

“Kami bersedia menawarkan perkhidmat­an kepada semua suri rumah yang berhadapan dengan situasi itu.

“Kami menyaranka­n suri rumah yang berdepan dengan situasi itu supaya segera memfailkan kes itu di Mahkamah Syariah,” katanya.

Sementara itu, Mufti Negeri Terengganu, Profesor Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, pasangan suami isteri yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta merujuk segera kepada jabatan agama negeri terlebih dahulu.

Katanya, pasangan berkenaan disaran segera membuat tindakan rujuk kerana jika sudah jatuh talak dan benar-benar merasa tersilap serta ingin semula kembali kepada isteri bagi mengelakka­n lafaz taklik sama ada dibuat melalui media sosial atau sebagainya melebihi tempoh idah ditetapkan oleh syariat.

“Kita meminta seluruh umat Islam tidak mempermain­kan dan mempersend­akan lafaz taklik walaupun secara bergurau,” katanya.

 ??  ?? MARYAM Wafda berkongsi perbualan dengan wanita itu yang musykil dengan tindakanny­a mengambil suntikan vaksin selepas diberi amaran oleh suaminya.
MARYAM Wafda berkongsi perbualan dengan wanita itu yang musykil dengan tindakanny­a mengambil suntikan vaksin selepas diberi amaran oleh suaminya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia