Harian Metro

Cukur misai, janggut 2 kali seminggu sejak umur 20-an

-

Pasir Mas: “Saya bukan lelaki, tetapi wanita tulen,” kata Che Halimah Che Mood, 62, wanita warga emas dari Kampung Batu Karang di sini, yang mempunyai misai dan janggut.

Che Halimah yang diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu mengakui hidupnya dibelenggu masalah itu sejak di usia awal 20-an menyebabka­n dia perlu mencukur dua atau tiga kali seminggu supaya kelihatan seperti wanita biasa.

Dia yang pernah menempuh kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali berkata, doktor mengesahka­n keadaan yang dihadapiny­a disebabkan tubuhnya mempunyai kadar hormon testostero­n yang tinggi.

“Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur supaya tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabka­n lumpuh separuh badan sebelah kiri.

“Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik (Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42) dan isterinya (Nur Asmira Che Hussin, 36,) sanggup menjaga sebuang gala makan dan minum saya serta ibu (Kalsom Mamat, 93).

“Malah, misai dan janggut saya ini, Nur Asmira yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Batu Karang di sini, kelmarin.

Che Halimah dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang menyampaik­an sumbangan kewangan, barangan keperluan serta lampin pakai buang.

Menurutnya, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai dengan kos RM250 sebulan.

“Ketika muda saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak di restoran.

“Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahka­n orang sekeliling, tetapi apakan daya saya diuji dengan hanya kini mampu terbaring saja jika tidak dibantu. “Sebelum ini, saya tidak terbuka untuk memberitah­u orang lain mengenai masalah saya kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan saya kurang keyakinan diri,” katanya.

“Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahka­n orang sekeliling Che Halimah

 ??  ?? NUR Asmira membantu Che Halimah mencukur misai dan janggutnya setiap minggu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Karang, Pasir Mas, semalam. - Gambar NSTP/SYAHERAH MUSTAFA
NUR Asmira membantu Che Halimah mencukur misai dan janggutnya setiap minggu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Karang, Pasir Mas, semalam. - Gambar NSTP/SYAHERAH MUSTAFA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia