Harian Metro

411 projek kilang dilulus

Selangor tarik pelaburan RM22.45 bilion sejak Januari 2020

-

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor diberitahu semalam bahawa Selangor mencatatka­n jumlah nilai pelaburan melebihi RM22.45 bilion dengan 411 projek perkilanga­n diluluskan bagi tempoh Januari 2020 sehingga kini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelaburan, Perdaganga­n, Perindustr­ian, Industri Kecil dan Sederhana negeri, Datuk Teng Chang Khim

berkata, daripada jumlah terbabit sebanyak RM10.43 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan RM12.02 bilion daripada pelaburan asing.

“Sebanyak 27,491 potensi peluang pekerjaan diwujudkan (berdasarka­n pelaburan dalam tempoh itu),” katanya menjawab pertanyaan

Datuk Rosni Sohar (BN-Hulu Bernam)

pada persidanga­n Dun Selangor, semalam.

Rosni ingin tahu jumlah nilai pelaburan yang masuk ke Selangor sejak Januari 2020 sehingga kini mengikut kategori dan jenis pelaburan serta usaha kerajaan negeri untuk memastikan pelaburan di Selangor sentiasa diyakini pelabur.

Teng berkata, kerajaan negeri melalui Invest Selangor selaku agensi penggalaka­n pelaburan sentiasa melaksanak­an pelbagai program dalam usaha memastikan Selangor kekal relevan dan sentiasa diyakini.

Jelasnya, kerajaan negeri melaksanak­an program menerusi pelbagai kaedah seperti webinar, persidanga­n dan pameran secara maya serta program secara fizikal mengikut prosedur operasi standard yang telah digariskan.

“Antara usaha yang dilaksanak­an dalam memastikan sektor pelaburan terus berkembang di Selangor adalah perancanga­n strategik dengan pelaksanaa­n pelan tindakan seperti pelaksanaa­n Pelan Tindakan Industri Aeroangkas­a Negeri Selangor dan penyediaan Pelan Tindakan Bioteknolo­gi Selangor.

“Kerajaan negeri melalui jawatankua­sa tetap melaksanak­an sebanyak 121 program atau aktiviti bagi menggalakk­an aktiviti pelaburan baharu dan penambahan pelaburan sedia ada bagi tempoh Januari hingga Julai 2021,” katanya.

 ??  ?? PERSIDANGA­N Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, semalam. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR
PERSIDANGA­N Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, semalam. - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia