Harian Metro

Kutip perolehan premium RM26.3j

-

Ipoh:

Sebanyak RM26.3 juta premium dikutip kerajaan negeri sejak 1 Januari sehingga 31 Julai lalu, persidanga­n Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak diberitahu, semalam.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad

berkata, perolehan ini adalah 41.33 peratus daripada sasaran asal iaitu kira-kira RM63.6 juta dan ini berlaku ekoran kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekarang.

Saarani (BN-Kota Tampan) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-Chenderian­g)

yang ingin tahu jumlah kutipan premium dan pertimbang­an ke atas permohonan penguranga­n premium dikemukaka­n pemaju hartanah di Perak ketika ini. Mengulas lanjut, Saarani berkata, sebarang polisi kerajaan negeri untuk mengurangk­an bayaran kadar premium memerlukan penelitian dan kajian mendalam sebelum dilaksanak­an mengambil kira kepentinga­n kedua-dua pihak kerajaan dan pemaju. Selain itu, jelasnya, kerajaan negeri juga melaksanak­an Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera Fasa 1 (1 Jun-31 Ogos) dan Fasa 2 (1 September-31 Disember) meliputi pelbagai faedah seperti pelanjutan pengecuali­an denda lewat cukai tanah bagi semua hak milik, selain pemberian diskaun bayaran tunggakan cukai tanah secara sekali gus.

“Saya menyeru syarikat besar dan semua terbabit mengambil peluang menerima tawaran dalam pakej tersebut dan melunaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan. Semoga insentif ini ia dapat menambah pungutan hasil kerajaan dan pemaju dapat meneruskan projek mereka,” katanya.

Perolehan adalah 41.33 peratus daripada sasaran asal iaitu RM63.6 juta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia