Harian Metro

Suasana panas Exco diasak tidak jalan tugas

-

Ipoh:

Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak panas hampir 40 minit apabila

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin

sekali lagi diserang bertubi-tubi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkan­g, semalam.

Adun Selama itu diasak beberapa Adun terutama

Howard Lee Chuan How (Dap-Pasir Pinji), Tan Kar Hing (PH-Simpang Pulai), Nga Kor Ming (Dap-Aulong) dan Jenny Choy (PH-Canning)

selepas 20 minit sesi awal penggulung­an Mohd Akmal yang langsung tidak memberi ruang dan tidak mengendahk­an Adun berkenaan untuk mencelah bertanyaka­n soalan berhubung isu Covid-19.

Mohd Akmal didakwa tidak menjalanka­n tugas sewajarnya selaku Exco Kesihatan dan meletakkan beban tugas kepada Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad khususnya isu turun padang ke pusat pemberian vaksin (PPV) dan hospital.

Howard Lee yang bangun mencelah mempertika­ikan masalah kelengkapa­n katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di negeri ini dalam keadaan kes semakin meningkat mendadak.

“Ketika itu, kes harian melebihi 138 peratus kapasiti

ICU dengan lebih 200 kes harian dan kes harian mencecah 1,200 ke 1,300 kes.

“Adakah kita bersiap siaga apabila kes ICU meningkat, jadi apakah tindakan Kerajaan negeri dan Exco Kesihatan?

“Apa yang Exco Kesihatan buat dan jawapan Exco Kesihatan hari ini hanya baca

mengikut statistik sahaja dan YB tidak menjawab soalan,” katanya.

Tan turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila Adun terbabit tidak dibenarkan mencelah berhubung isu sama.

“Berapa ICU dan berapa hospital yang (Exco Kesihatan) pernah turun dan pergi? Tahu tak talian kecemasan hotline semua tiada orang jawab!” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia