Harian Metro

Menteri, timbalan angkat sumpah jawatan, simpan rahsia

-

Kuala Lumpur: Seramai 30 menteri termasuk empat menteri kanan dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, semalam.

Mengikut jadual, seramai 31 menteri mengangkat sumpah namun Tan Sri Noh Omar yang juga Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi tidak hadir kerana difahamkan beliau menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Turut tidak hadir, Timbalan Menteri Pendidikan II yang juga Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dijangkiti Covid-19.

Istiadat berkenaan yang berlangsun­g di Balairung Seri itu juga tidak dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan beliau perlu menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Istiadat dimulakan oleh tujuh menteri bermula dengan Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sebelum disusuli menteri serta timbalan menteri yang lain.

Turut berangkat pada istiadat yang bermula pada jam 2.30 petang itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Jumaat lalu, Ismail Sabri mengumumka­n senarai barisan kabinetnya yang membabitka­n 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan bergambar bersama Jemaah Menteri baharu pada Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutua­n, semalam.
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan bergambar bersama Jemaah Menteri baharu pada Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutua­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia