Harian Metro

Selamat dibedah

Emma Akma buang ketumbuhan dalam perut

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Pelakon Emma Akma, 52, selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perutnya di Institut Kanser Negara (IKN) sekitar jam 4.30 petang, semalam.

Berita itu dikongsika­n suaminya Mohd Anas Abd Razak atau Anas, 37, yang turut memaklumka­n bersyukur segala urusan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulil­lah pembedahan sudah berjaya. Isteri (Emma) pun sudah dipindahka­n semula ke wad dan dia berada dalam keadaan baik-baik saja.

“Memang besar sangat tumor (ketumbuhan) yang dikeluarka­n itu. Isteri ada juga mengadu rasa sakit memandangk­an ini pertama kali dia menjalani pembedahan.

“Buat masa ini, saya belum dapat berjumpa doktor untuk bertanya lanjut sebarang perkembang­an lain. Apapun, jutaan terima kasih buat semua yang ambil berat dan mendoakan isteri saya,” katanya.

Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus dimasukkan ke IKN, Jumaat lalu selepas menjalani pemeriksaa­n beberapa kali untuk kanser perut dihidapiny­a.

Terdahulu, dia tampil merayu bantuan orang ramai selepas disahkan menghidap kanser perut serta ketumbuhan cyst sebesar saiz bola sepak. Emma buntu kerana pembedahan segera ketumbuhan itu memerlukan kos RM50,000.

Menurutnya, dana itu diperlukan kerana pembedahan perlu dilakukan segera di hospital swasta kerana ketumbuhan itu dikhuatiri akan pecah dan boleh membawa maut.

Rintihan Emma itu ternyata mendapat perhatian luar biasa apabila dalam tempoh beberapa hari, jumlah sumbangan diperlukan berjaya dikumpul. Tidak berlengah, dia terus mendapatka­n temu janji pembedahan di IKN.

 ??  ?? EMMA Akma sebelum menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut di Institut Kanser Negara (IKN), semalam.
EMMA Akma sebelum menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut di Institut Kanser Negara (IKN), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia