Harian Metro

Unjur harga MSM positif tahun ini

-

Ini membuktika­n FGV kekal berdaya tahan sepanjang tempoh mencabar seperti yang diterjemah­kan menerusi peningkata­n ketara keputusan kewangan kumpulan bagi suku tahun ini”

Kuala Lumpur: FGV Holdings Bhd (FGV), satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar dunia mengunjurk­an harga minyak sawit mentah (MSM) akan terus berada pada paras yang positif pada tahun ini walaupun pasaran berhadapan dengan impak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, harapan pengukuhan harga MSM itu juga dijangka terus mengekalka­n momentum prestasi pertumbuha­n kewangan kumpulan.

Beliau berkata, bagaimanap­un harga MSM masih tidak stabil dengan dijangka berada pada paras RM4,100 hingga RM4,400 pada suku ketiga tahun ini atau sekitar RM3,600 (purata) untuk tahun penuh 2021.

Namun katanya, kumpulan akan terus melaksanak­an pelbagai langkah bagi memastikan kewangan FGV kekal stabil dan mampu merekodkan prestasi yang memberangs­angkan.

“Walaupun berdepan dengan cabaran pandemik yang berterusan dan cuaca kering dalam tempoh beberapa bulan ini, FGV berjaya mencatatka­n keuntungan operasi yang lebih kukuh pada suku kedua 2021.

“Ini membuktika­n FGV kekal berdaya tahan sepanjang tempoh mencabar seperti yang diterjemah­kan menerusi peningkata­n ketara keputusan kewangan kumpulan bagi suku tahun ini,” katanya ketika taklimat media prestasi kewangan suku kedua FGV secara maya, semalam.

Pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021, FGV merekodkan keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) lebih tinggi sebanyak RM501 juta berbanding RM18 juta pada suku sama tahun lalu.

Pendapatan kumpulan bagi suku yang dikaji juga turut melonjak 42 peratus kepada RM4.68 bilion berbanding RM3.29 bilion pada

Mohd Nazrul Izam Mansor

tempoh sama 2020.

Bagi separuh pertama 2021 pula, FGV mencatatka­n PBZT sebanyak RM516 juta dengan pendapatan sebanyak RM8.08 bilion berbanding kerugian sebelum zakat dan cukai (LBZT) sebanyak RM145 juta dengan pendapatan sebanyak RM6.08 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Mohd Nazrul berkata, prestasi kukuh PBZT pada suku kedua itu didorong oleh keuntungan operasi yang lebih tinggi sebanyak RM338 juta berbanding RM115 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Nazrul berkata, pandemik Covid-19 varian terbaharu Delta dan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berterusan terus memberikan kesan terhadap industri minyak sawit Malaysia secara keseluruha­n.

Beliau berkata, bagi membendung kesan Covid-19 terutama di operasi perladanga­nnya, FGV mempercepa­tkan pelaksanaa­n program vaksinasi ke atas semua pekerja sebagai sebahagian daripada usaha mengurangi risiko jangkitan di lokasi operasi.

Kumpulan kini katanya berada peringkat akhir mendapatka­n bekalan vaksin dan akan memulakan program vaksinasi pada minggu pertama September 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia