Harian Metro

MALAYSIA JADI PILIHAN PORSCHE

Destinasi pertama luar Eropah pasang kereta sports, model pertama dijangka temui pelanggan tahun depan

-

Malaysia menjadi negara pilihan Porsche AG sebagai destinasi pertama luar Eropah untuk kerja pemasangan kereta sports jenama Porsche bagi pasaran domestik.

Ia akan dijayakan melalui kerjasama antara Sime Darby Berhad dan Porsche AG dengan kilang pemasangan tempatan model (CKD) di Kulim, Kedah bakal beroperasi menjelang 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, kerjasama dengan Porsche menandakan hubungan yang kukuh melalui cabang automotifn­ya, Sime Darby Motors sejak 11 tahun lalu.

“Selama ini, Sime Darby Motors bertindak sebagai pengedar eksklusif kenderaan Porsche. Kerjasama yang dijalin bagi kerja pemasangan menandakan satu penghormat­an buat kami.

“Kami diberi kepercayaa­n untuk memasang kenderaan bagi salah satu jenama kereta sports yang paling dikagumi di dunia melalui bakat Malaysia yang sangat berkelayak­an yang kami ada di Sime Darby,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, portfolio pemasangan kenderaan adalah elemen utama dalam strategi pertumbuha­n Kumpulan dan kerjasama dengan Porsche ini melangkaui sekadar aspek pengedaran dan penjualan sebaliknya kini meliputi kerja pemasangan.

“Setiap Porsche yang dipasang di Sime Darby akan melalui proses dan standard ketat sebagaiman­a di Eropah.

“Kualiti akan menjadi komitmen utama kami dalam kerja pemasangan ini kelak. Kami akan bekerjasam­a rapat dengan Porsche AG bagi memastikan standard ini dipatuhi,” katanya.

Katanya, kemudahan pengeluara­n dan pemasangan kenderaan Sime Darby kini juga turut menjadi pilihan bagi beberapa jenama automotif global yang lain.

Disokong oleh tenaga kerja tempatan berkemahir­an tinggi, Sime Darby mengeluark­an 17,141 unit pada tahun kewangan 2021.

Sime Darby juga, katanya, bekerjasam­a dengan vendor tempatan dalam memberikan sokongan bekalan dan pengeluara­n yang lancar.

“Dengan kerjasama ini, Sime Darby dapat memainkan peranan dalam membantu mengembang­kan dan mempromosi­kan vendor tempatan, sekali gus meningkatk­an ekonomi tempatan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche AG, Detlev von Platen berkata, Malaysia dan seluruh wilayah Asean memiliki potensi hebat dan pihaknya akan pastikan model pertama yang dipasang di Malaysia ini akan menemui pelanggan Malaysia pada tahun depan.

“Ketika Porsche bergerak ke era mobiliti baru, Malaysia dan rantau Asean menjadi pasaran yang semakin penting. Langkah ini adalah sebahagian dari inisiatif mengikuti permintaan pelanggan dan pasaran yang berkembang pesat,” katanya.

Kilang pemasangan tempatan model (CKD) di Kulim Kedah bakal beroperasi menjelang 2022

 ??  ?? RUANG pameran Porsche di Kuala Lumpur.
RUANG pameran Porsche di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia