Harian Metro

Pengekalan Zafrul, Mustapa dalam Kabinet petanda positif untuk ekonomi

-

Kuala Lumpur: Positif utama untuk ekonomi daripada barisan Kabinet yang baharu ialah pengekalan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Ketua Ekonominya, Suhaimi Ilias berkata, pengekalan kedua-dua menteri itu menunjukka­n bahawa pembentang­an Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2022 di Parlimen mengikut jadual.

Sebelum ini, dilaporkan RMK-12 dijangka dibentangk­an di Parlimen pada 20 September 2021 dengan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober 2021.

“Di samping itu, persetujua­n antara kerajaan dan pembangkan­g untuk bekerjasam­a dalam menangani pandemik dan pemulihan ekonomi akan dapat mengurangk­an ketidaksta­bilan politik dan ketidakten­tuan dasar, sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam nota penyelidik­an semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n barisan Kabinet yang baharu Jumaat lalu.

Selain Tengku Zafrul dan Mustapa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengekalka­n jawatannya sebagai Menteri Kanan dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Penganalis­is Maybank IB, Anand Pathmakant­han berkata, walaupun tiada Timbalan Perdana Menteri dinamakan dan kebanyakan menteri daripada pentadbira­n sebelum ini mengekalka­n jawatan mereka dalam Kabinet baharu, pasaran mengalu-alukan pelantikan semula teknokrat Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan serta Khairy Jamaluddin yang bertanggun­gjawab untuk usaha vaksinasi negara yang berjaya sebagai Menteri Kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia