Harian Metro

Julie’s sertai jenama besar Malaysia ke Ekspo Dubai 2020

-

Kuala Lumpur: Jenama biskut buatan Malaysia, Julie’s mendaftar untuk menjadi rakan industri Pavilion Malaysia di Ekspo Dubai 2020, menjanjika­n kemanisan untuk pengunjung pavilion itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Shamsul Bahar Mohd Nor mengumumka­n bahawa, Julie’s yang boleh didapati di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan di lebih 80 negara, sekali lagi bekerjasam­a dengan Pavilion Malaysia di ekspo dunia.

Ekspo dunia itu, bertemakan Connecting Minds, Creating the Future akan diadakan mulai 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022 di Dubai dengan penyertaan lebih 190 negara dan organisasi.

Penyertaan Malaysia di Ekspo Dubai 2020 diterajui oleh Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi dengan MGTC sebagai agensi pelaksana.

Shamsul Bahar berkata, penyertaan Pavilion Malaysia di ekspo itu akan mempamerka­n produk dan perkhidmat­an Malaysia yang terbaik dan Julie’s, yang ditubuhkan pada 1985 bukan sahaja terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia, tetapi berjaya menguasai pasaran di lebih 80 negara.

“Jenama biskut itu turut menggunaka­n minyak sawit Malaysia yang menyokong inisiatif Pavilion untuk mempromosi­kan komoditi pertanian mampan Malaysia melalui kandungan dan program pamerannya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mendedahka­n bahawa di Ekspo Astana 2017 di Kazakhstan, produk Julie’s mendapat perhatian ramai pengunjung dan syarikat akan memberikan kepuasan ini kepada mereka yang mengunjung­i Pavilion Malaysia di Ekspo Dubai 2020.

Shamsul Bahar berkata, program Malaysia pada ekspo itu dirangka untuk memberi peluang kepada syarikat Malaysia mendapat akses ke pasaran global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia