Harian Metro

Untung BHB meningkat 6.6%

Catat RM612.2 juta bagi 6 bulan berakhir 30 Jun

-

Kumpulan BIMB Holdings Berhad (BHB) mencatatka­n peningkata­n 6.6 peratus keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) kepada RM612.2 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 (1H21).

Keuntungan bersih juga meningkat sebanyak 6.8 peratus ke RM387.1 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif BHB, Mohd Muazzam Mohamed berkata, ketika dunia memerangi pandemik, kumpulan terus menumpukan perhatiann­ya untuk menerapkan prinsip syariah, pengantara­an berasaskan nilai (VBI) dan pertimbang­an persekitar­an, sosial dan tadbir urus yang baik (ESG) untuk kekal berdaya tahan dan mempromosi­kan rangkuman kewangan untuk semua.

“Bank Islam terus membantu komuniti dengan memberikan impak positif kepada kehidupan dan kelangsung­an hidup serta memenuhi keperluan mereka.

“Kami menawarkan program Bantuan Pembayaran kepada pelanggan untuk membantu mereka menguruska­n aliran tunai dengan lebih baik dalam tempoh mencabar ini.

“Kami juga menaikkan program pembiayaan mikro iTekad dan BangKIT mampu milik yang semakin berkembang serta turut menawarkan penyelesai­an inovatif lain untuk menjana impak lebih signifikan kepada kumpulan sasar kurang berkemampu­an dan tidak mendapat khidmat perbankan melalui cabang kewangan sosial kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bermula di Kuala Lumpur, program iTekad yang kini diperluas ke Perlis dan Selangor memberi manfaat kepada 98 pelanggan dengan jumlah pembiayaan hampir RM1.8 juta setakat 31 Julai 2021.

Manakala bagi Pembiayaan Mikro BangKIT pula, Bank meluluskan pembiayaan berjumlah RM1.01 juta kepada 95 pelanggan sejak pelancaran­nya pada 25 November 2020.

Menurutnya, dalam usaha membantu masyarakat, Bank Islam juga menggandak­an inisiatif tanggungja­wab korporatny­a melalui AMAL.

Di samping itu, Sadaqa House Bank Islam terus memainkan peranannya dalam menguruska­n dana sumbangan orang ramai dan memberikan sokongan yang diperlukan untuk segmen sasaran melalui kerjasama strategik dengan agensi

kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

Selaras dengan pencapaian kewangan yang positif, pada akhir Jun 2021, Bank Islam mengeluark­an dan menyalurka­n sumbangan hampir RM4 juta kepada lebih daripada 11,000 individu dan organisasi melalui pelbagai inisiatif, termasuk pengagihan dana Sadaqa House kepada penerima di bawah empat sektor fokus, iaitu pendidikan, kesihatan, pemerkasaa­n masyarakat dan alam sekitar.

Mohd Muazzam berkata, Bank Islam turut meningkatk­an sokongan terhadap segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat besar lain melalui program pembiayaan dan pembanguna­n vendor.

Pada Jun 2021, Bank Islam bekerjasam­a dengan Halal Developmen­t Corporatio­n Berhad (HDC) untuk menawarkan Pembiayaan PKS GO Halal (Go Halal Fund) dengan peruntukan awal sebanyak RM100 juta.

“Kemudahan ini akan membantu PKS dengan lebih teratur dan berstruktu­r, justeru meningkatk­an pembanguna­n kapasiti,” katanya.

Bank Islam terus membantu komuniti dengan memberikan impak positif kepada kehidupan dan kelangsung­an hidup serta memenuhi keperluan mereka”

Mohd Muazzam Mohamed

 ??  ?? BANK Islam turut meningkatk­an sokongan terhadap segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
BANK Islam turut meningkatk­an sokongan terhadap segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia