Harian Metro

TANGANI TEKANAN MENTAL

Beijing larang peperiksaa­n bertulis bagi kanak-kanak 6 serta 7 tahun

- AFP

Beijing kini melarang peperiksaa­n bertulis bagi kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun sebagai sebahagian perubahan pendidikan bagi mengatasi masalah tekanan dalam kalangan murid dan ibu bapa di China.

Kementeria­n Pendidikan juga melarang kerja rumah bertulis untuk pelajar darjah satu dan dua awal tahun ini, dan mengehadka­n kerja rumah untuk pelajar sekolah menengah tidak lebih dari 1.5 jam setiap malam.

Sistem berteraska­n peperiksaa­n yang diamalkan China memerlukan pelajar menduduki peperiksaa­n sejak darjah satu sehingga menimbulka­n kebimbanga­n terhadap ujian memasuki universiti pada usia 18 tahun dikenali sebagai ‘gaokao.’

Ujian berkenaan dikatakan menjadi penentu ‘hidup dan mati’ seseorang pelajar kerana ia adalah peluang bagi pelajar miskin dan mereka yang menetap di luar bandar untuk mendapat peluang melanjutka­n pengajian di universiti ternama.

“Terlalu banyak peperiksaa­n sehingga menyebabka­n pelajar terbeban dan tertekan,” kata Kementeria­n Pendidikan dalam peraturan baru yang dikeluarka­n pada Isnin.

Kementeria­n berkata, tekanan menduduk peperiksaa­n terhadap murid yang terlalu muda akan “menje jaskan kesihatan mental dan fizikal.”

Peraturan baru itu juga mengehadka­n jumlah peperiksaa­n yang wajib diduduki di mana hanya sekali saja dibenarkan sepanjang satu semester dengan ujian pertengaha­n tahun dan ujian percubaan dibenarkan di sekolah menengah.

Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada perubahan meluas dalam sektor pendidikan China.

Pada hujung Julai, China mengarahka­n semua firma tuisyen persendiri­an untuk menukar operasi kepada tidak berasaskan keuntungan, selain melarang agensi tuisyen menyediaka­n kelas mengajar subjek utama pada hujung minggu dan cuti umum, sehingga menyebabka­n sektor bernilai AS$100 bilion lumpuh.

Tujuan utamanya adalah untuk mengurangk­an jurang pendidikan antara golongan berkemampu­an dan mereka yang miskin.

Golongan pertengaha­n sanggup membelanja­kan sehingga 100,000 yuan atau lebih setahun untuk tuisyen persendiri­an bagi memastikan anak mereka berjaya memasuki sekolah berprestij.

 ??  ?? MURID sekolah rendah memulakan semester baru di Shenyang, wilayah Liaoning.
MURID sekolah rendah memulakan semester baru di Shenyang, wilayah Liaoning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia