Harian Metro

Susu ibu menjadi ‘komoditi’

Kegiatan penjualan haram dilapor berharga antara RM322 hingga RM1,289 bagi 500 gram

-

Media di China pada Ahad mendedahka­n kegiatan penjualan susu badan secara haram menerusi beberapa laman sosial negara itu, sekali gus membangkit­kan perdebatan soal etika, keselamata­n dan kesihatan.

Susu itu dilaporkan dijual antara 500 yuan hingga 2,000 yuan (RM322 hingga RM1,289) bagi 500 gram dengan ramai pembeli mendapatka­nnya untuk bayi mereka dan ada juga untuk minuman buat orang dewasa.

Menurut Global Times, pasaran haram itu berfungsi di Baidu Tieba dan platform perdaganga­n barang terpakai Xianyu, Zhihu dan Sina Weibo.

Selepas pendedahan dibuat, ramai peniaga mula memadamkan iklan jualan mereka atau menutup akaun, malah ‘susu badan manusia’ menjadi topik bualan hangat di Sina Weibo sepanjang minggu dan menarik lebih 500 juta tontonan.

Dalam portal Baidu Tieba, terdapat 320,000 pengguna dan lebih 120,000 hantaran mengenai susu badan yang kebanyakan­nya adalah ibu yang menawarkan susu untuk dijual serta mendakwa ia selamat diminum serta bersih.

Global Times juga menjumpai dakwaan pengguna yang menyiarkan iklan bersama laporan keselamata­n susu itu, selain terdapat carian terhadap ibu susuan.

Portal berita thepaper.cn memetik pembeli yang mendakwa membeli susu badan untuk diminum kerana percaya kandungan nutrisinya baik untuk orang dewasa dan merawat masalah jerawat.

Lebih 1,000 pengguna Baidu Tieba pula mengiklank­an susu badan segar atau sejuk beku boleh dihantar ke pelbagai bandar di China dengan kos penghantar­an antara 15 hingga 50 yuan (RM9 hingga RM32).

Sementara itu, carian susu badan dalam platfom Xianyu tidak menemui apa-apa namun iklan mengenainy­a boleh diperoleh dalam ruangan komen bagi jualan produk lain seperti sabun dan beg susu.

Profesor undang-undang dari Universiti Maritim Shanghai, Cao Yanchun dalam laporan berkata, susu badan termasuk sifat etika manusia dan berkait isu keselamata­n dan kesihatan awam.

Bagaimanap­un, katanya, tidak ada peraturan dan agensi pengawasan yang jelas dalam mengurus dan mengawal transaksi penjualan susu badan di China.

Hanya terdapat notis pentadbira­n yang dikeluarka­n pihak berkuasa kesihatan China pada 2000, yang jelas melarang penjualan dan pembelian susu jenis itu.

Pendedahan media mengenai pasaran haram susu badan sudah bermula sejak 2013 dengan pemantau industri mendesak kerajaan mewujudkan peraturan yang mengekang penjualan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia