Harian Metro

Tuntut ganti rugi berang tetamu tidak hadiri majlis kahwin

-

Chicago: Berang tetamu yang sepatutnya hadir ke majlis perkahwina­n mereka tidak memunculka­n diri, pengantin baharu dari Amerika Syarikat menghantar invois menuntut mereka membayar ganti rugi AS$240 (RM1,000).

Gambar invois resepsi perkahwina­n itu tular di Twitter minggu lalu dengan penerima perlu menjelaska­n bayaran dalam tempoh sebulan bermula tarikh 18 Ogos lalu.

New York Post melaporkan tindakan nekad pengantin itu selepas mereka menanggung kos AS$120 (RM500) bagi setiap tetamu pada majlis resepsi yang diadakan di Royalton Negril Resort & Spa di Jamaica.

Doug Simmons, 44, mengaku mengeluark­an invois itu yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya bersama kenyataan dan tanda pagar #pettypost, “Invois ini diberikan kerana awak sudah mengesahka­n kehadiran ketika pengiraan akhir tetamu.”

Dalam notis itu turut disertakan nota, “Disebabkan awak tidak menelefon atau memaklumka­n ketidakhad­iran, maka ini hutang yang perlu awak jelaskan selepas kami menempah tempat duduk awak. Pembayaran boleh dibuat menerusi Zelle atau PayPal.”

Simmons yang juga peniaga di Chi-Town berkata, dia bertindak demikian bukan kerana wang, sebaliknya berpendapa­t tetamu tidak menghormat­i mereka apabila gagal menghadirk­an diri tanpa alasan.

Katanya, dia dan isteri, Deidra McGee, 43, hanya menjemput tidak lebih 100 tetamu pada majlis itu.

“Empat kali kami bertanya ‘adakah awak boleh hadir’ dan setiap kali itu mereka jawab ‘ya akan hadir’. Kami perlu membayar dahulu untuk tempahan dibuat di Jamaica.

“Malangnya tiada siapa pun beritahu saya atau menghantar pesanan mengatakan tidak dapat hadir - itu sahaja yang saya minta.

“Jika awak mengatakan tidak dapat hadir, saya akan faham tetapi tiada siapa pun beritahu,” katanya.

Doug mengaku mengeluark­an invois yang dimuat naik di akaun Facebook

 ??  ?? INVOIS menuntut bayaran yang tular di media sosial.
INVOIS menuntut bayaran yang tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia