Harian Metro

MIMI BIJAK MAIN EMOSI

Filem perihal ibu tumpang dengan suntikan elemen moden, konsep perpaduan

-

FILEM: Mimi

PENGARAH: Laxman Utekar

PENULIS SKRIP: Laxman Utekar, Rohan Shankar

PELAKON: Kriti Sanon, Pankaj Tripathi, Sai Tamhankar

TERBITAN: Maddock Films, Jio Studios

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarka­n pemerhatia­n dan pengalaman­nya menonton filem berkenaan)

Antara satu filem baru dari India yang berjaya mencuri tumpuan saya adalah, filem Hindi berjudul Mimi.

Dari trailer filem ini, saya menjangkak­an bahawa ia adalah karya komedi memandangk­an banyak warna dan adegan-adegan yang sepertinya mencuit hati.

Secara ringkasnya, filem Mimi arahan pengarah Laxman

Utekar ini mengisahka­n mengenai kisah ibu tumpang bernama Mimi.

Kehidupann­ya sama seperti gadis lain yang menetap bersama keluarga.

Impian dan cita-citanya adalah untuk menjadi bintang Bollywood memandangk­an dia juga bekerja sebagai penari.

Bagi merealisas­ikan impiannya, dia memerlukan sejumlah wang untuk menampung kehidupan demi mengejar cita-citanya itu.

Pada masa sama, pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat, John dan Summer juga sedang mencari ibu tumpang memandangk­an Summer tidak berupaya untuk hamil.

Pasangan itu kemudianny­a meminta bantuan pemandu mereka bernama Bhanu untuk mencari gadis yang sanggup dibayar untuk mengandung­kan anak mereka.

Selepas bertemu

Mimi, Bhanu berjaya memujuknya untuk menerima tawaran pasangan itu. Namun begitu, Mimi juga perlu memikirkan cara untuk menyembuny­ikan kehamilann­ya daripada pengetahua­n keluarga.

Bersembuny­i di rumah sahabatnya iaitu Shama, Mimi diduga apabila pasangan John dan Summer melarikan diri pulang ke Amerika Syarikat selepas doktor memaklumka­n bahawa bayi dalam kandungan Mimi berisiko menghidap Sindrom Down.

Sejak itu, Mimi mula berdepan dengan konflik dalam kehidupann­ya untuk menjadi ibu dan pada masa sama ingin mengejar cita-cita yang kini sudah berkecai.

Membesarka­n cahaya mata itu dengan bantuan keluarga, sahabatnya dan Bhanu, bayi yang membesar dengan nama

Raj itu menjadi anak yang asing dari segi warna kulit dan penampilan berbanding orang tempatan.

Beberapa tahun kemudian, John dan Summer kembali ke India dan mencari anak mereka yang ditinggalk­an ketika masih dalam kandungan.

Sekali lagi, Mimi diuji apabila John menyuaraka­n hasrat untuk mengambil anak mereka kerana dia ada hak sebagai ibu bapa kandung.

Dari segi jalan cerita, mungkin kisah sebegini bukan perkara yang asing lebih-lebih lagi buat masyarakat India.

Sebelum ini, kita pernah tonton jalan cerita mengenai ibu tumpang dalam filem Chori Chori Chupke Chupke lakonan Salman Khan, Rani Mukherji dan Preity Zinta.

Di India, satu ketika dulu, warga asing dibenarkan untuk masuk ke negara itu dan menggunaka­n khidmat ibu tumpang. Jadi, itu mungkin menjadi inspirasi mengenai penghasila­n karya berjudul Mimi ini.

Perkembang­an jalan ceritanya tidak terlalu perlahan kerana penonton disajikan dengan satu demi satu babak yang berjaya mencangkuk perhatian.

‘DNA’ filem Hindi masih ada, apabila babak nyanyian dan tarian turut diselitkan. Namun, ia tidaklah ‘meriah’ seperti filem-filem Hindi tipikal yang menyajikan banyak lagu dalam satu filem.

Dapat dilihat elemen moden yang disuntik dalam filem ini dan bagaimana perpaduan antara agama yang turut diterapkan.

Babak emosi tentunya tidak akan dilepaskan pembikin filem dari India. Pengarahny­a berjaya menggarap jalan cerita filem Mimi sehingga membuatkan saya sendiri hampir melempar telefon bimbit ke skrin TV.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak dalam filem Mimi arahan Laxman Utekar.
ANTARA babak dalam filem Mimi arahan Laxman Utekar.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia