Harian Metro

LAGU BERI SEMANGAT

Universal Music Malaysia hasilkan 'We Live To Give' sebagai sokongan kepada masyarakat

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, masyarakat global semakin sedar betapa pentingnya amalan murni untuk sentiasa memberi. Terutama sekali, apabila ramai dihimpit kesusahan daripada pelbagai aspek.

Bagaimanap­un, situasi ini jelas memperluas lagi perspektif mengenai inisiatif menghulurk­an bantuan. Tidak semestinya yang berharta atau ada rezeki lebih saja layak memberi.

Ini kerana, memberi di sini tidak tertakluk kepada barangan atau wang semata-mata. Sebaliknya, memberi juga boleh dilakukan dengan membantu menaikkan semangat buat mereka yang rasa terjatuh dan hilang pedoman hidup.

Justeru, Universal

Music Malaysia menjadikan idea itu sebagai inspirasi melancarka­n lagu ‘We Live To Give’ yang diinyanyik­an oleh Athalia, Diana

Danielle, Shalma Eliana, Simon Webbe dan Asyraf Nasir. Karya ini mesejnya sarat dengan kata-kata perangsang.

Bekerjasam­a dengan

The Giving Bank, ia bertujuan memberi kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk tabah dan terus bersemanga­t. Ia diharapkan dapat memberi kekuatan dan membantu golongan kurang berkemampu­an di negara ini.

Penceritaa­n lagu

‘We Live To Give’ ini juga membawa pesanan tulus yang mampu mendorong pendengar agar memupuk perasaan kasih sayang dan belas ihsan melalui amalan baik.

Bagi Simon, dia melihat corak bantuan sebegini adalah inisiatif murni yang cukup besar maknanya. Ia tidak mengira wang, sebaliknya bantuan secara motivasi hidup jauh lebih tinggi nilainya.

“Memberi melangkau nilai wang diberi. Ia juga menyalur mesej positif yang mengingatk­an kita bagaimana membantu orang lain menaikkan semangat mereka serta meringanka­n beban ditanggung,” katanya.

Bagi pelakon dan penyanyi Diana Danielle, sekarang ramai mahukan kata-kata harapan demi menguatkan lagi semangat diri. Dengan semangat kekal kental, mereka mampu mengubah hidup ke arah lebih baik.

“Saya percaya pada kekuatan bersatu hati kerana kita dapat mempengaru­hi lebih banyak kehidupan dan perubahan untuk masa depan yang lebih baik secara kolektif,” katanya.

Manakala Athalia, Shalma, dan Asyraf pula percaya bahawa lagu

‘We Live To Give’ sarat dengan rasa cinta, hormat, harapan dan masa depan. Ia diterjemah­kan mereka untuk menyebar mesej positif kepada golongan muda.

Sehubungan itu, pihak The Giving

Bank terus menjadi saluran dipercayai Universal Music Malaysia untuk mewujudkan mesej mengenai pentingnya memberi keselesaan dan sokongan untuk memperkuat daya ketahanan masyarakat. Menurut pengasas dan presidenny­a Dr Janson, dia percayai niat murni itu juga mampu direalisas­ikan menerusi muzik. Dia berharap ia bakal menjadi lagu diminati pendengar di seluruh dunia.

“Sudah lama The Giving Bank mengimpika­n untuk memiliki lagu sesuai bagi menggambar­kan misi dan visi kami dalam membina hari esok yang lebih baik. Saya sudah dapat membayangk­an ia dinyanyika­n di seluruh dunia,” katanya. Bagi memperluas mesej ‘We Live to Give'’ lagu itu turut dijadikan lagu rasmi untuk kempen amal seterusnya di saluran radio popular, HITZ FM dan MIX FM.

Saya percaya pada kekuatan bersatu hati kerana kita dapat mempengaru­hi lebih banyak kehidupan dan perubahan untuk masa depan yang lebih baik secara kolektif

DIANA DANIELLE

 ??  ?? LAGU pemberi harapan, We Live To Give menampilka­n Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana, Simon Webbedan Asyraf Nasir.
LAGU pemberi harapan, We Live To Give menampilka­n Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana, Simon Webbedan Asyraf Nasir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia