Harian Metro

AURA KARYA BULAN MERDEKA

Bunkface tiup semangat patriotism­e menerusi Kita Punya Malaysia versi Akustik

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Kami berharap karya baharu ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotism­e dalam kalangan peminat dan pendengar muzik Bunkface

SAM

Bagi menyuntik kemeriahan sempena bulan kemerdekaa­n Malaysia yang dirai hari ini, kumpulan rock Bunkface tampil melancarka­n single terbaharu mereka berjudul Kita Punya Malaysia versi Akustik.

Lagu asal Kita Punya Malaysia sebenarnya pernah menjadi lagu tema Hari Kebangsaan Malaysia pada 2018 dan 2019.

Vokaklis Bunkface, Sam berkata, mengambil kira suasana kemerdekaa­n tahun ini di mana negara masih berperang dengan virus Covid-19, maka mereka mengambil langkah untuk mengubah sedikit aura lagu berkenaan dengan gubahan lebih santai.

“Kami berharap karya baharu ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotism­e dalam kalangan peminat dan pendengar muzik Bunkface.

“Walaupun dalam keadaan negara yang mencabar kini, kita perlu terus bersemanga­t untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,” katanya yang juga pencipta sepenuhnya lagu itu.

Pada 2018, Bunkface diberi peluang sebagai duta untuk kempen Kita Punya anjuran Media

Prima Berhad (MPB) serta Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sempena bulan kemerdekaa­n pada tahun berkenaan.

Lagu Kita Punya Malaysia versi Akustik ini sudah dilancarka­n pada 27 Ogos lalu di semua platform media sosial rasmi Bunkface, termasuk di saluran digital juga.

Sementara itu, sepanjang tempoh pandemik ini, kumpulan yang dianggotai oleh Sam (penyanyi, gitar), Youk (pemain basis) dan Paan (pemain gitar) banyak menumpukan perhatian mereka kepada keluarga masing-masing.

“Bagaimanap­un, fokus untuk kumpulan tetap ada. Untuk saya sendiri, sekarang sibuk dengan aktiviti mencipta lagu dan mengumpulk­an material baharu untuk album akan datang.

“Tidak keterlalua­n kami juga rindu untuk beraksi dalam konsert besar-besaran buat peminat.

“Ia pastinya sesuatu yang sangat kami nantikan kerana di situ ‘magik’ Bunkface sebagai sebuah band dapat dipersemba­hkan,” kata Sam.

Menurutnya, bagaimanap­un tak dinafikan agak mustahil tahap kepuasan dapat dicapai dengan hanya membuat persembaha­n nyanyian secara maya.

“Apapun, setakat ini kami (Bunkface) belum lagi berniat untuk membuat persembaha­n nyanyian maya sendiri secara terbuka

“Cuma, kami kini sekadar memenuhi permintaan sesetengah pihak yang berminat serta mengingink­an video persembaha­n eksklusif Bunkface untuk acara virtual mereka,” katanya.

Menurut Sam, tahun ini juga usia Bunkface sudah menginjak 15 tahun dan mereka terus mengimpika­n pelbagai kejayaan mampu dilakar untuk karier dalam industri seni tanah air.

 ??  ?? HASILKAN lagu Kita Punya Malaysia versi Akustik bagi menyemarak­kan sambutan Hari Kebangsaan.
HASILKAN lagu Kita Punya Malaysia versi Akustik bagi menyemarak­kan sambutan Hari Kebangsaan.
 ??  ?? TERUS mengimpika­n kejayaan sempena 15 tahun usia pembabitan mereka dalam bidang seni tanah air.
TERUS mengimpika­n kejayaan sempena 15 tahun usia pembabitan mereka dalam bidang seni tanah air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia