Harian Metro

ANIMASI SEISI KELUARGA

Perjalanan hidup Rasulullah SAW turut diceritaka­n dalam program saluran Nurflix Junior

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Dua siri animasi dengan tajuk Habibullah dan Kalimullah mula dipertonto­nkan kepada umum sejak 10 Ogos lalu menerusi saluran Nurflix Junior.

Rata-rata penonton yang mengikuti program ini merasakan kandungan siri sebegini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Siri animasi Habibullah adalah kisah perjalanan kehidupan Rasulullah SAW yang membawa kita menelusuri sirah nabawiyah secara santai dan menghiburk­an.

Bahagian pertama kisah ini bermula dari zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, diikuti selepas kelahiran Baginda dan didikan asuhan, kemudian ramalannya dan isyarat Makkah, serta hijrah ke Madinah dan peristiwa hingga pertempura­n Badar terakhir.

Siri arahan Ahmed Hassan dan terbitan Ahmed Taha ini memaparkan keindahan akhlak sebenar Rasulullah SAW di mana naskhah ini bertujuan menyampaik­an risalah sebenar tentang mengapa Baginda diangkat sebagai Khatam an-Nabiyyin iaitu Penutup Segala Nabi Penerbit Eksekutif Nurflix Junior, Diana Amir mengakui bersyukur kerana sirisiri kenabian ini mula mendapat perhatian bukan saja golongan kanak-kanak tetapi orang dewasa juga.

“Saya merasakan banyak sebab kenapa penonton wajib menonton siri-siri seperti ini, antaranya penggunaan sarikata bahasa Melayu yang baik dan senang difahami.

“Penonton juga secara tidak langsung dapat membelajar­i bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronok­kan. Malah, saya sendiri juga ketika ini dalam proses belajar bahasa Arab.

“Selain itu, visual yang menarik dan menghiburk­an mampu membuatkan penonton lebih mudah memahami naratif cerita, selain usaha pembacaan sendiri,” katanya.

Menurut Diana lagi, terdapat juga banyak fakta menarik yang selalunya jarang diketengah­kan seperti kenapa Abdul Muttalib digelar Shaybah kerana dari kecil sudah ada uban di kepalanya.

“Siri ini mengetenga­hkan Rasulullah SAW sebagai contoh keperibadi­an mulia yang wajib menjadi ikutan umat Islam sebagaiman­a dalam ayat 21, Surah AlAhzab iaitu “Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik”

“Paling penting, apabila penonton dapat memahami dan mengetahui perjalanan sirah Nabi ini, yang secara tidak langsung melahirkan kecintaan kepada Baginda dan dapat dipupuk dari usia kanak-kanak lagi.

“Akan datang pula, bakal dipertonto­nkan di Nurflix ialah siri mengenai Nabi Adam AS, Nabi Nuh AS, Khalilulla­h: Nabi Ibrahim AS (pertengaha­n September), Nabi Yusuf AS (pertengaha­n September) dan Nabi Sulaiman AS (Oktober).

Sementara itu, seorang lagi Penerbit Eksekutif Nurflix Junior, Fara

Fauzana berkata, program ini menampilka­n kisahkisah Nabi yang menarik berkenaan Habibullah dan Kalimullah.

“Kalau kita menonton siri animasi Nabi-Nabi ini, dari sudut video animasi dan penceritaa­n, bukan saja sesuai untuk anakanak kecil tetapi buat orang dewasa juga.

“Memang akan layan habis dengan setiap episod yang dipertonto­nkan. Malah, setiap kali kita menonton siri animasi ini, pasti sentiasa tidak sabar untuk melihat episod seterusnya.

Kita akan teringat balik apa yang pernah kita baca sebelum ini.

“Untuk sesetengah orang, bila mahu kembali membaca balik, ada yang malas. Jadi menerusi siri ini, kita dapat imbas kembali apa yang pernah dibaca, dulu” katanya.

Peristiwa bahagian pertama dari siri animasi Kalimullah pula berkisar pada kisah hidup Nabi

Musa AS, yang disebut ‘Speech of God’.

Rentetan siri terbitan pengarah dan penerbit yang sama ini dimulai sebelum kelahiran

Nabi Musa AS serta mengetahui bagaimana Bani Israel sampai di tanah Mesir.

Ia kemudianny­a, ke peringkat selepas kelahiran dan asuhannya sehinggala­h kepada peristiwa yang terjadi tempat antara Nabi Musa AS dan Firaun.

Sehubungan itu, program ini juga boleh ditonton menerusi muat turun Nurflixdi Apple AppStore dan juga Google Playstore. Penonton juga boleh melayari laman sesawang Nurflix dan melanggan pelbagai siri kandungan Islamik yang menarik.

Selain itu, visual yang menarik dan menghiburk­an mampu membuatkan penonton lebih mudah memahami naratif cerita, selain usaha pembacaan sendiri

DIANA AMIR

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak di dalam animasi Habibullah dan Kalimullah.
ANTARA babak di dalam animasi Habibullah dan Kalimullah.
 ??  ?? FARA FAUZANA menunjukka­n kandungan program Nurflix Junior.
FARA FAUZANA menunjukka­n kandungan program Nurflix Junior.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia