Harian Metro

PRESTASI TWS MENGUJAKAN

FreeBuds 4 dilengkapi rekaan selesa, tawar kesan bunyi baik

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Sudah menjadi satu kemestian untuk memiliki aksesori audio tanpa wayar atau TWS terutamany­a bagi pengguna yang sering bergerak daripada satu lokasi ke lokasi lain.

Penggunaan TWS ini penting bagi memudahkan pengguna di samping boleh digunakan untuk mendengar muzik dan sebagainya.

Trend pengguna hari ini juga lebih selesa untuk memiliki aksesori TWS yang mempunyai jangka hayat bateri lebih lama sekali gus membolehka­n mereka menggunaka­n dalam tempoh maksimum.

Untuk semua kriteria berkenaan, penulis mahu mencadangk­an kepada pengguna untuk memiliki peranti TWS keluaran Huawei iaitu FreeBuds 4.

Huawei FreeBuds 4 ini dilengkapi dengan rekaan yang selesa terutamany­a menawarkan kesan bunyi yang sangat baik termasuk kawalan tahap bunyi mudah diakses.

Paling menarik adalah sistem TWS Huawei FreeBuds 4 ini turut dilengkapi dengan pembatalan hingar aktif atau ANC untuk memberi kesan bunyi yang lebih baik kepada pengguna.

Rekaan fon telinga oleh Huawei FreeBuds 4 ini juga sangat sesuai untuk penggunaan jangka panjang dan pengguna tidak akan merasa sakit di bahagian luar telinga berbanding beberapa TWS lain.

Kotak penyimpana­n fon telinga ini juga direka dengan bentuk yang sangat kecil dan penulis boleh meletakkan ruang penyimpana­n fon telinga ini di dalam poket tanpa merasa gangguan.

Bagi pengaktifa­n beberapa ciri khusus, FreeBuds 4 ini boleh diaturcara menerusi Huawei AI Life App dan pengguna boleh melakukan beberapa tetapan mengikut kesesuaian sendiri.

Kaedah penyambung­an atau padanan dengan peranti pintar juga adalah sangat mudah.

Bagi ujian muzik, penulis sangat kagum dengan prestasi TWS ini apabila mampu untuk menghasilk­an satu bentuk kesan bunyi bagi frekuensi rendah dan tinggi termasuk bunyi bass yang sangat jelas.

Untuk tempoh penggunaan pula, Huawei FreeBuds 4 ini mampu untuk bertahan lebih empat jam penggunaan penuh dan boleh mengecas dengan meletakkan di dalam pod penyimpana­n fon telinga serta penggunaan boleh melebihi 22 jam.

Untuk pengecasan pod penyimpana­n, ia menggunaka­n USB C dan hanya mengambil masa kirakira sejam untuk penuh.

 ??  ?? PERANTI stereo tanpa wayar (TWS) Huawei FreeBuds 4 menawarkan sistem pembatalan hingar aktif (ANC) khusus untuk pengguna.
PERANTI stereo tanpa wayar (TWS) Huawei FreeBuds 4 menawarkan sistem pembatalan hingar aktif (ANC) khusus untuk pengguna.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia