Harian Metro

KEMISKINAN HAID MAKIN MERESAHKAN

Akibat rasa malu dan dianggap sebagai sesuatu yang taboo untuk dibincangk­an, ia terus jadi barah

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Kemiskinan haid adalah situasi di mana seseorang wanita itu menghadapi kesukaran untuk mendapatka­n kelengkapa­n haid seperti tuala wanita atau tampon akibat kemiskinan atau beban kewangan.

Bukan itu sahaja, kemiskinan haid juga merujuk kepada kekurangan atau ketiadaan kemudahan sanitasi untuk menguruska­n haid seperti tiada bekalan air atau tiada tempat pelupusan sampah (tuala wanita) yang sesuai dan privasi untuk menguruska­n haid.

Situasi ini mungkin kedengaran janggal bagi kebanyakan masyarakat, namun ia adalah mimpi ngeri bagi beberapa kelompok berisiko termasuk wanita luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar dalam menghadapi hari-hari mereka didatangi haid.

Keadaan dilihat menjadi lebih serius ketika ramai yang terkesan selepas kehilangan kerja dan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Isu kemiskinan haid ini bukan sesuatu yang baharu, namun akibat rasa malu dan dianggap sebagai sesuatu yang taboo untuk dibincangk­an, ia terus menjadi barah dalam masyarakat.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Internatio­nal Islamic University of Malaysia (IIUM), Dr Nor Faiza Mohd Tohit berkata, akibat kemiskinan, ada yang terpaksa menggunaka­n tuala wanita yang sama untuk tempoh yang lama.

“Lebih menyedihka­n, akibat tidak mampu membeli tuala wanita, mereka hanya menggunaka­n kain buruk, sabut atau surat khabar lama sebagai ganti kepada tuala wanita.

“Ada pula yang menggunaka­n semula tuala wanita yang sudah dibasuh dan dikeringka­n. Selain itu, ada juga yang terpaksa menggunaka­n bahan yang tidak sesuai sebagai ganti kepada tuala wanita,” katanya.

Mengulas lanjut, semua tindakan yang tidak menitikber­atkan faktor kebersihan ini boleh mengundang jangkitan kuman pada bahagian alat sulit wanita.

“Ia juga boleh menjangkit­i saluran kencing dan organ peranakan. Jangkitan yang berulangul­ang boleh mendatangk­an kemudarata­n kepada tahap kesuburan seseorang wanita,” katanya.

Kajian dijalankan mendapati ada remaja dan kanak-kanak perempuan yang akil baligh tidak dapat hadir ke sekolah ketika didatangi haid kerana tiada tuala wanita atau hanya menggunaka­n alternatif lain sebagai ganti kepada tuala wanita.

Katanya, di kawasan majoriti pendudukny­a terdiri daripada golongan berpendapa­tan rendah, masalah sanitasi adalah sesuatu yang membimbang­kan kerana sistem pelupusan sampah tidak diurus dengan baik.

“Ia diburukkan lagi dengan sikap segelintir penduduk yang tidak mengamalka­n kebersihan dan kekemasan persekitar­an.

“Di tempat pembuangan atau pengumpula­n sampah, boleh dilihat tuala wanita yang sudah digunakan terdedah kepada penglihata­n umum.

“Selain mendatangk­an kesan buruk kepada alam sekitar, ia turut menyumbang kepada rasa malu dan tidak selesa dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Tambahnya, dalam situasi pandemik ini, sasaran utama bagi setiap keluarga ialah menyediaka­n makanan atas meja untuk santapan seluruh keluarga.

“Keupayaan untuk menyediaka­n makanan untuk ahli keluarga adalah suatu cabaran bagi golongan miskin bandar dan miskin tegar.

“Jika menyediaka­n makanan sudah menjadi

Jika menyediaka­n makanan sudah menjadi cabaran besar, pasti penyediaan keperluan asas selain makanan termasuk tuala wanita adalah bebanan besar kepada golongan ini DR NOR FAIZA

cabaran besar, pasti penyediaan keperluan asas selain makanan termasuk tuala wanita adalah bebanan besar kepada golongan ini,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Hal Ehwal dan Pembanguna­n Masyarakat IIUM, Dr Syarifah Fatimah AlZahrah Syed Hussien Al-Attas berkata, kesedaran mengenai kemiskinan haid perlu diwujudkan dalam kalangan masyarakat dan pemegang taruh lain termasuk pihak berwajib yang berkait dengan institusi keluarga dan masyarakat serta pertubuhan sukarelawa­n.

“Individu yang terkesan juga perlu diperkasak­an supaya dapat tampil membawakan isu yang mereka hadapi.

“Dengan adanya penggemble­ngan sumber dan tindakan dari semua pihak yang terbabit, isu kemiskinan haid ini akan dapat ditangani. Lebih utama, nasib mereka yang terkesan dengan masalah ini akan terbela,” katanya.

 ?? FOTO | IHSAN DR NOR FAIZA MOHD TOHIT, DR SYARIFAH FATIMAH ALZAHRAH & SUMBER GOOGLE ??
FOTO | IHSAN DR NOR FAIZA MOHD TOHIT, DR SYARIFAH FATIMAH ALZAHRAH & SUMBER GOOGLE
 ??  ?? BEBANAN kewangan akibat Covid-19 menjadikan kemiskinan haid semakin serius.
BEBANAN kewangan akibat Covid-19 menjadikan kemiskinan haid semakin serius.
 ??  ?? DR Syarifah Fatimah AlZahrah
DR Syarifah Fatimah AlZahrah
 ??  ?? BOLEH memudaratk­an kesuburan wanita.
MENGGUNAKA­N tuala wanita kain untuk jimatkan wang.
TIADA tempat pelupusan sampah (tuala wanita) yang sesuai.
BOLEH memudaratk­an kesuburan wanita. MENGGUNAKA­N tuala wanita kain untuk jimatkan wang. TIADA tempat pelupusan sampah (tuala wanita) yang sesuai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia