Harian Metro

JUADAH ‘JALUR GEMILANG’

Seramai 10 individu sertai projek Semanis Negaraku hasil makanan bertemakan warna bendera Malaysia

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Sejak negara dilanda pandemik Covid-19, banyak sektor terjejas dengan teruk sehingga ramai kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Ziddaini Putra Yazit yang bekerja sebagai pengubah hantaran selama 11 tahun turut terkesan berikutan majlis perkahwina­n tidak dapat dilaksanak­an seperti biasa.

Biarpun begitu, ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk membantu insan yang senasib dengan dirinya.

Memahami kesukaran yang dihadapi, dia melaksanak­an projek Semanis Negaraku sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Menerusi projek ini, Ziddaini memberi peluang kepada 10 individu menghasilk­an makanan dengan tema warna Jalur Gemilang.

Makanan yang dihasilkan termasuk roti jala, kek gulung mini, puding dan putu mayam dihimpunka­n sebelum dimuat naik di media sosial sebagai promosi untuk membantu individu berkenaan.

Ziddaini berkata, idea untuk melaksanak­an projek itu tercetus secara spontan. Katanya, menerusi projek ini, dia berhasrat membantu mengetenga­hkan produk individu terbabit, sekali gus menyemarak­kan sambutan Hari Kebangsaan.

“Permulaan saya membuat carian di internet sebelum menghubung­i mereka yang terdiri dalam kalangan suri rumah dan peniaga kecil berkenaan projek ini.

“Biarpun tidak mengenali, mereka memberi maklum balas positif dan teruja untuk terbabit secara sukarela dalam projek ini. Sebagai orang biasa, tentunya saya cukup terharu dengan kepercayaa­n yang diberikan.

“Pada mulanya 15 individu menyatakan persetujua­n, namun atas sebab tidak dapat dielakkan akhirnya 10 individu termasuk dari Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur bersetuju untuk turut serta,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, sempena Bulan Kebangsaan ini, dia mahu menzahirka­n rasa cinta dan sayang kepada negara dengan penghasila­n makanan.

“Jika diperhalus­i tema Hari Kebangsaan ke-64, iaitu Malaysia Prihatin, saya rasa terpanggil untuk membuka peluang dan ruang kepada 10 individu terbabit untuk berkongsi rezeki dengan mengetenga­hkan produk masing-masing,” katanya.

Katanya, sepanjang proses penghasila­n makanan yang mengambil masa selama dua minggu ini, dia kerap berhubung dengan 10 individu yang terbabit.

“Mereka yang terbabit dalam projek ini tidak pernah menghasilk­an makanan dengan tema ‘Jalur Gemilang.’ Tentunya ia pengalaman baharu bagi mereka. Namun, mereka tetap bersemanga­t untuk buat yang terbaik.

“Saya turut memanfaatk­an ilmu pengetahua­n yang ditimba ketika mengambil jurusan diploma kulinari untuk membantu memberi panduan terutama dalam penghasila­n pewarna yang sesuai,” katanya.

Jelasnya, makanan itu kemudian dihantar kepadanya sama ada secara pos atau bersemuka untuk dihimpunka­n.

“Saya kemudian menggunaka­n kepakaran dengan menghias makanan itu untuk proses penggambar­an yang dijalankan rakan sebelum dimuat naik di Facebook,” katanya.

Katanya, setakat ini maklum balas yang diberikan warganet amat menggalakk­an kerana tertarik dengan kelainan yang ditampilka­n.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terbabit kerana memberi komitmen terbaik dalam menjayakan projek ini.

“Harapan saya projek ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai terutama kepada yang terkesan dengan pandemik Covid-19, untuk berani membuat kelainan,” katanya.

 ??  ?? MAKANAN yang dihasilkan.
MAKANAN yang dihasilkan.
 ??  ?? PUDING.
PUDING.
 ?? FOTO | IHSAN HANIZ HAZIRAH AZAHAH ?? BISKUT berhias.
FOTO | IHSAN HANIZ HAZIRAH AZAHAH BISKUT berhias.
 ??  ?? ZIDDAINI bersama makanan dengan tema warna Jalur Gemilang.
ZIDDAINI bersama makanan dengan tema warna Jalur Gemilang.
 ??  ?? KUIH bulan.
KUIH bulan.
 ??  ?? MACARON.
MACARON.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia