Harian Metro

Messi peraga aksi sulung di Ligue 1

-

Paris: Lionel Messi masuk dari bangku simpanan pada penampilan sulung bersama Paris Saint-Germain semalam namun Kylian Mbappe mencuri tumpuan dengan dua gol ketika menang 2-0 menewaskan Reims dalam saingan Ligue 1.

Messi, yang memakai jersi bernombor 30, dimasukkan di minit ke-66 untuk menggantik­an Neymar di Stade Auguste-Delaune dengan hampir 21,000 melaungkan namanya ketika dia dilihat muncul memanaskan badan.

Pemain Argentina itu tidak bermain sejak tiba di Paris dari Barcelona hampir tiga minggu lalu, penampilan terakhirny­a ialah pada final Copa America, 11 Julai lalu apabila dia mengetuai kemenangan negaranya berdepan Brazil.

Pemenang enam kali Ballon d’Or itu perlu menanti untuk gol pertamanya bersama kelab baharu yang boleh hadir apabila PSG menerima kunjungan Clermont pada perlawanan seterusnya 11 September ini.

“Saya sangat gembira apabila dia membuat penampilan sulung.

Itu sangat penting kepadanya,” kata jurulatih PSG Mauricio Pochettino.

“Dia masih jauh dari aksi terbaiknya tapi dia berlatih dengan baik dan akan kembali cergas dua minggu akan datang selepas waktu rehat antarabang­sa dan ya, kami menanti aksi terbaik darinya.”

Perbincang­an minggu ini di dominasi bukan oleh Messi tapi mengenai masa depan Mbappe dengan

Real Madrid dilaporkan menawarkan dua tawaran kepada penyerang Perancis yang meraih Piala Dunia itu namun ditolak.

Difahamkan tawaran baru bernilai 180 juta euro (RM889.46) ia adalah jumlah yang tinggi bagi pemain yang kontraknya tamat pada penghujung musim dan bebas untuk berbincang dengan mana-mana kelab baru Januari tanpa PSG mendapat bayaran perpindaha­n. Jumlah itu juga sama dengan apa yang PSG bayar kepada Monaco ketika mendapatka­n Mbappe pada 2017 dan jelas ia akan menjadi nilai tertinggi jika ini menjadi penampilan terakhirny­a bersama kelab. - AFP

 ??  ?? MESSI
MESSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia