Harian Metro

Format Liga Super kekal

Perak FC berdepan kemungkina­n diturunkan pangkat ke Liga Perdana

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Hasrat Perak FC untuk mengelak terjerumus ke Liga Perdana jika kekal di kedudukan kedua tercorot Liga Super musim ini tidak kesampaian apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahka­n format 12 pasukan akan kekal seperti biasa.

Jelas Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, dua pasukan tercorot di Liga Super akan diturunkan pangkat ke Liga Perdana tanpa mengekalka­n mana-mana pasukan.

Manakala, juara dan naib juara Liga Perdana kecuali kelab feeder akan dinaikkan ke Liga Super bagi mencukupka­n 12 pasukan di saingan divisyen satu Liga Malaysia (Liga M) itu.

“Format Liga Super 2021 akan kekal di mana sebanyak 12 pasukan dalam satu pertanding­an dan dua pasukan tercorot akan tersingkir ke saingan Liga Perdana pada tahun 2022.

“Sementara juara dan naib juara Liga Perdana musim 2021 pula akan bermain dalam kempen Liga Super 2022 seperti mana yang termaktub di dalam Manual Liga Malaysia edisi 2021 bagi format Liga Malaysia,” katanya.

Menerusi pengesahan itu, ia sekali gus menolak dakwaan kemungkina­n berlakunya penambahan pasukan di Liga Super kepada 16 pasukan pada musim depan.

Kelmarin, tular di media sosial mengenai dakwaan Menteri Belia dan Sukan baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kemungkina­n Perak FC yang berisiko untuk turun ke Liga Perdana dapat diselamatk­an selepas MFL dikatakan bersedia untuk menambah bilangan pasukan bertanding.

Perak FC tidak pernah beraksi dalam saingan divisyen dua sejak era bola sepak profesiona­l bermula pada awal 1990-an.

Sementara itu, pakar undang-undang sukan yang juga seorang peguam, Zhafri Aminurashi­d berkata, Liga M dan pasukan kebangsaan boleh diharamkan jika wujudnya campur tangan kerajaan dalam pentadbira­n dan pengurusan sesebuah persatuan (FA) di bawah Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa).

Menurutnya, Statut Fifa dalam artikel 14 dan 15 dengan jelas menyatakan, setiap FA diberi kuasa autonomi untuk menentukan dan menetapkan sendiri hala tuju, sistem dan format pertanding­an liga sendiri tanpa babitkan campur tangan pihak luar terutama politik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia