Harian Metro

Persaingan kian sengit

-

Kuala Lumpur: Kekalahan 0-1 Terengganu FC di tangan Kuala Lumpur City FC selain Kedah Darul Aman FC yang masih mempunyai dua baki perlawanan tertunda menjadikan persaingan bagi merebut kedudukan naib juara Liga Super kian sengit.

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain berkata, pasukannya sudah melakukan yang termampu untuk cuba meraih tiga mata pada pertemuan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras namun dihampakan dengan ketumpulan penyudah dengan lawan lebih bijak mengambil peluang terhidang.

“Kami datang sini dengan harapan memburu tiga mata dan kita gagal, sememangny­a daripada kedudukan saya sedar pasukan di bawah kita seperti Penang, Selangor mengejar namun kita kalah dalam dua perlawanan terdekat iaitu kepada Kedah dan Kuala Lumpur.

“Saya faham harapan penyokong yang hendak kami menang, begitu juga dengan pemain serta saya dan barisan pengurusan, cuma keputusan nyata tidak sebelahi kami.

“Kalau kita tengok cara kita kalah, persembaha­n yang ditunjukka­n pemain tidak sepatutnya kita kalah dalam dua perlawanan lalu cuma lawan bijak ambil kesempatan apabila dapat menyudahka­n peluang manakala kita tidak menjaringk­an gol semasa ada peluang, itulah bola sepak dan kita dihukum atas silap kita sendiri, ” katanya.

Dalam perlawanan itu, jaringan tunggal ketua pasukan KL City FC, Paulo Josue pada minit ke-29 memastikan tuan rumah berjaya mempertaha­nkan rekod tanpa kalah di laman sendiri pada musim ini.

Buat jurulatih KL City, Bojan Hodak pula, beliau mahu anak buahnya cuba mempertaha­nkan rekod bersih di Cheras dengan aksi berikutnya menentang Kedah di laman sendiri Sabtu ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia