Harian Metro

Imbau nostalgia bersama PM

Azizul terharu jumpa bekas Menteri Belia dan Sukan ketika mula langkah ke Olimpik Beijing

- Oleh Hamdan Saaid sukan@hmetro.com.my

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasn­i Awang terharu berpeluang untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini kelmarin.

Pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu diberi kesempatan untuk melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang turut mencipta sejarah merekod suntikan ke 1 juta dos.

“Saya terharu diberi kesempatan melawat PPV Mega WTC bersama insan yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan pada sekitar 2008 dan 2009 sewaktu saya memulakan langkah pertama ke Sukan Olimpik Beijing 2008.

“Terima kasih kerana ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk bersama Perdana Menteri melawat PPV WTC. Terima kasih juga atas pemberian cenderahat­i peribadi Datuk Seri kepada saya, akan saya kenang sampai bila-bila,” tulisnya dalam media sosial.

Azizul, 33, meraih dua pingat dalam empat penampilan Sukan Olimpik setakat ini.

Dia gagal bertindak cemerlang pada dua temasya pertama di Beijing 2008 dan London 2012, namun meraih pingat pertamanya iaitu gangsa pada Rio 2016 sebelum memperbaik­inya dengan perak di Tokyo 2020.

Kini dia memburu pingat emas acara keirin pada temasya Paris 2014 dalam tempoh tiga tahun lagi ketika usianya mencecah 36 tahun.

Sementara itu, pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakui pengorbana­nnya untuk negara sangat mahal sehinggaka­n tidak dapat menemui keluargany­a hampir dua tahun.

Shah yang dilabel pengganti terbaik Azizul dan mempamer aksi terpuji di Olimpik Tokyo, sudah pulang ke kampungnya di Muar sekali gus dapat meluangkan masa bertemu ibu, bapa dan keluargany­a.

“Alhamdulil­lah. Akhirnya... perasaan paling manis dapat menjejak kaki di kampung halaman kali ini. Kerana perjalanan kali ini bukan hanya dipisah jarak, tapi juga lamanya waktu. Ditambah pula tekanan yang muncul dalam pelbagai bentuk dan dari segenap sudut. “Perkongsia­n kisah berjauhan daripada ibu ayah bukanlah cerita janggal. Setiap anak perantau pasti merasai, lagi-lagi di waktu pandemik seperti ini. Tapi ini kisah saya untuk dikongsi,” katanya di akaun media sosial.

Terima kasih juga atas pemberian cenderahat­i peribadi Datuk Seri kepada saya Azizul

 ??  ?? AZIZUL (kanan) bersama Ismail Sabri di PPV Mega WTC semalam.
AZIZUL (kanan) bersama Ismail Sabri di PPV Mega WTC semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia