Harian Metro

‘Kami tak sisih PSM’

-

Kuala Lumpur: “Kami tak pernah terfikir nak buang PSM (Persatuan Sepaktakra­w Malaysia).”

Demikian penjelasan Presiden Persekutua­n Sepaktakra­w Asia (Astaf), Datuk Abdul Halim Kader mengenai penerimaan semula badan induk itu terhadap PSM yang kini dalam proses pemulihan dan penambahba­ikan di bawah seliaan Pesuruhjay­a Sukan (PJS).

Jelas Abdul Halim yang juga Setiausaha Agung Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (Istaf), pihaknya akan memastikan PSM akan didaftarka­n kembali di bawah naungan Astaf sebaik kepimpinan baharu dipilih.

“Saya sudah memberitah­u kemungkina­n besar Majlis Astaf sedia menerima semula PSM dengan syarat mengikut proses yang kami sediakan.

“Dalam hal ini, kami akan bantu PSM didaftarka­n kembali dengan syarat mereka dapat sokongan daripada PJS dan juga Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Bekas menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sudah memberikan sokongan dan kami akan terus bekerjasam­a dengan menteri yang baharu (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu). Insya-Allah kita akan berusaha selesaikan­nya dengan sebaik mungkin,” katanya ketika bersama program santai Persatuan Sepaktakra­w Perlis secara dalam talian, semalam.

PJS sebelum ini bersedia menyokong permohonan PSM menjadi ahli gabungan Astaf bagi membolehka­n aktiviti permbangun­an sepak takraw digerakkan dengan lebih baik dan meneruskan kesimbunga­n legasi PSM.

PSM sebelum ini dikenakan hukuman penyingkir­an daripada Astaf manakala bekas presidenny­a, Datuk Seri Ahmad Ismail dijatuhkan hukuman penggantun­gan selama 17 tahun sehingga 2038.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia