Harian Metro

TUAH TUKAR KATEGORI

Yee Khie puas hati rangkul perak Paralimpik Tokyo

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

"Selama ini saya beraksi dalam kelas 97kg tapi jurulatih beritahu tak nampak peningkata­n dan tak konsisten. Jadi saya ambil keputusan untuk beralih ke kelas 107kg pada tahun ini dan nampaknya ia membuahkan hasil," kata atlet powerlifti­ng negara, Jong Yee Khie, yang merangkul pingat perak di Sukan Paralimpik Tokyo, semalam. Atlet kelahiran Sarawak itu akan menerima imbuhan RM300,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam). Kontinjen negara kini memungut masing-masing satu emas dan perak di temasya para terbesar dunia itu, lapor Saiful Affendy Sapran

Jauh di sudut hati, atlet powerlifti­ng negara, Jong Yee Khie sebenarnya berhasrat mahu menghadiah­kan pingat emas, namun dia akhirnya akur dan tetap puas meraih perak dalam kelas 107kg lelaki di Paralimpik Tokyo, semalam.

Bagi Yee Khie, perak yang diraihnya itu sangat berharga selepas kempunan memperoleh pingat lima tahun lalu di Rio ketika beraksi dalam kelas 97kg apabila sekadar meraih penamat ketujuh sebelum tekad menukar ke kategori 107kg pada tahun ini.

“Saya sebenarnya mengharapk­an bendera Malaysia diletakkan di tengah-tengah sebab memang impian saya mahukan emas dan mahu mendengar lagu Negaraku berkumanda­ng. Tapi apabila dapat perak, saya tetap berpuas hati.

“Tak banyak yang saya fikirkan pada saingan hari ini untuk elak melakukan kesilapan, tetapi saya masih melakukann­ya terutama pada cubaan ketiga (245kg).

“Selama ini memang saya beraksi dalam kelas 97kg tapi jurulatih beritahu tak nampak peningkata­n dan tak konsisten.

“Jadi saya ambil keputusan untuk beralih ke kelas 107kg pada tahun ini dan nampaknya ia membuahkan hasil,” katanya pada sidang media, semalam.

Ia adalah pingat kedua diraih kontinjen paralimpik negara selepas Bonnie Bunyau Gustin merangkul emas dalam acara 72kg powerlifti­ng selepas melakukan angkatan seberat 228kg yang juga rekod baharu temasya itu, Sabtu lalu.

Pada saingan yang berlangsun­g di Tokyo Internatio­nal Forum, atlet dari Sarawak itu gagal melakukan angkatan 230kg pada percubaan pertama sebelum berjaya melakukan 237kg di percubaan kedua. Dia kemudianny­a cuba melakukan angkatan 245kg pada percubaan ketiga namun gagal.

Pingat emas dimenangi Sodnompilj­ee Enkhbayar dari Mongolia dengan angkatan 245kg yang juga rekod baharu temasya manakala Saman Razi (Iran) meraih gangsa dengan angkatan 231kg.

‘ Saya sebenarnya mengharapk­an bendera Malaysia diletakkan di tengah-tengah sebab memang impian saya mahukan emas dan mahu mendengar lagu Negaraku berkumanda­ng”

Jong Yee Khie

 ??  ??
 ??  ?? YEE Khie melakukan angkatan bagi kategori 107kg pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, semalam.
YEE Khie melakukan angkatan bagi kategori 107kg pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia