Harian Metro

14,004 rumah mampu milik siap dibina

-

Ipoh:

Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak semalam diberitahu, sebanyak 14,004 unit rumah mampu milik siap dibina berbanding kira-kira 50,000 unit yang disasarkan dibina dalam tempoh lima tahun bermula 2018 hingga 2023.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Pelanconga­n Perak, Datuk Nolee Ashlin Mohammad Radzi

berkata, penularan Covid-19 merupakan satu masalah di luar jangkaan dan turut memberi kesan yang besar terhadap pembanguna­n perumahan di negeri ini.

“Namun kerajaan negeri berusaha agar semua pembanguna­n perumahan dapat dilaksanak­an sepertiman­a dirancang,” katanya menjawab soalan lisan

Datuk Aznel Ibrahim (BN-Pengkalan Hulu)

yang ingin tahu jumlah rumah mampu milik ketika ini dan sudah pun dapat didiami penduduk.

Mengulas lanjut, Nolee (Bersatu-Tualang Sekah) berkata, daripada 50,000 unit rumah mampu milik disasarkan itu, 15,089 unit dalam pembinaan manakala 22,085 unit dalam proses perancanga­n oleh jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri.

Menurutnya, bagi projek perumahan yang dilaksanak­an pemaju swasta pula, sebanyak 1,663 unit Rumah Perakku I (kos rendah), 412 unit Rumah Perakku II (kos sederhana), 1,032 unit Rumah Perakku III (mampu milik) dan 1,476 unit rumah dalam kategori terbuka telah dibina sehingga Julai 2021.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP) akan meneruskan kesemua projek yang sedang dijalankan di atas tapak LPHP selain mengenal pasti tapak baharu yang bersesuaia­n dengan permintaan untuk dibangunka­n perumahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia