Harian Metro

Mavcom lulus penggabung­an Korean Air Lines, Asiana Airlines

-

Kuala Lumpur:

Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom) semalam mengumumka­n ia meluluskan penggabung­an antara Korean Air Lines Co, Ltd (Korean Air Lines) dan Asiana Airlines, Inc (Asiana Airlines).

Disebabkan penggabung­an itu membabitka­n perkhidmat­an penumpang antara Korea Selatan dan Malaysia, Korean Air Lines dan Asiana Airlines menyerahka­n pemberitah­uan secara sukarela dan permohonan mengenai penggabung­an itu kepada Mavcom pada 19 Mac 2021.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, Mavcom mengambil maklum penggabung­an berkenaan bertujuan menyelamat­kan syarikat penerbanga­n berkenaan.

“Asiana Airlines menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat dipulihkan, justeru ia memerlukan penggabung­an.

“Selepas mengkaji permohonan itu secara menyeluruh, Mavcom memutuskan penggabung­an itu tidak melanggar Seksyen 54 Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia 2015 [Akta 771], melarang sebarang penggabung­an yang mengakibat­kan penguranga­n persaingan (SLC) industri penerbanga­n yang ketara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, keputusan itu adalah kes penggabung­an berkaitan persaingan pertama akan dianalisis oleh mana-mana pihak berkuasa yang menguruska­n persaingan atau pengawal selia di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia