Harian Metro

TINGKAT MISI ANTIKEGANA­SAN

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Usaha meneruskan siri pertempura­n tahap tinggi, pengenalan aset generasi kelima, memerangi keganasan dan keselamata­n maritim antara perancanga­n masa depan Pengaturan Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, antara lain memfokuska­n kepada aspek keselamata­n siber dan latihan bersama.

Menurutnya, cabaran keselamata­n dihadapi susulan perubahan landskap akibat pandemik Covid-19 memerlukan semua negara anggota menjalin kerjasama lebih erat melalui rancangan 10 tahun ke hadapan, 2022-2031.

“Saya percaya negara anggota FPDA bukan saja melihat kepada kejayaan dalam tempoh 50 tahun sebelum ini, malah tumpuan turut terarah kepada perancanga­n masa depan FPDA.

“Semua menteri pertahanan bersetuju supaya FPDA menumpukan perhatian kepada peperangan tahap tinggi dengan pengenalan aset generasi kelima, meningkatk­an misi antikegana­san dan keselamata­n siber selain meneruskan program latihan,” katanya pada sidang media Sambutan Ulangtahun ke-50 Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA Ke-11 (FDMM) di sini.

Mesyuarat berkenaan turut disertai secara maya oleh Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen;

Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton; Menteri Pertahanan New Zealand, Peeni Henare dan Menteri Pertahanan United Kingdom, James Heappey.

Semua menteri pertahanan terbabit turut menandatan­gani deklarasi bersama FDMM sebagai tanda dan memperinga­ti kerjasama negara anggota.

Semasa mesyuarat diadakan, mereka turut menerima panggilan hormat daripada Perdana Menteri Datuk

Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang juga kali pertama dalam sejarah FPDA.

Mengulas lanjut, Hishammudd­in berkata, mesyuarat yang julung kali diadakan dalam normal baharu iaitu secara sidang video membuktika­n komitmen dan hubungan baik kelima-lima negara.

Beliau berkata, Malaysia komited menyokong usaha berterusan dan berharap

FPDA dapat meneruskan latihan sepenuhnya selepas pandemik berakhir.

Katanya, cabaran yang dihadapi pada masa ini perlu dilihat sebagai peluang menjalin hubungan yang lebih erat, proaktif dan fleksibel selaras perubahan landskap.

FPDA ditandatan­gani pada 1971 oleh Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan United Kingdom bagi memastikan Singapura dan Malaysia mempunyai saluran bantuan sekiranya berlaku serangan bersenjata.

FPDA tidak mengikat negara anggota untuk campur tangan secara ketenteraa­n, sebaliknya menetapkan bahawa negara anggota harus segera berunding antara satu sama lain untuk memutuskan tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia