Harian Metro

TANGANI KRISIS PEMANASAN GLOBAL

Malaysia turut sertai komitmen 70,000 arkitek landskap dunia menerusi ILAM dalam persidanga­n IFLA

-

Malaysia memiliki pelbagai taman awam dan juga persendiri­an selain ruang lingkup hijau yang perlu diurus selia bagi memastikan kelangsung­an PROF LAR DR OSMAN

“Satu perubahan ketara ketika pandemikCo­vid-19 adalah keadaan alam sekitar yang mana spesies terutama serangga yang sebelum ini tidak dapat lagi dilihat sudah kembali keluar.

“Kalau dulu pepatung dan spesies rama-rama tertentu tidak dapat dilihat, ditemui apabila pandemik berlaku dan semua aktiviti ekonomi dan rutin harian manusia terhenti.

“Bagi penggiat arkitek landskap, keadaan itu memberi harapan baru terutama keperluan infra hijau dan kanopi dipelihara dan diurus dengan baik.

“Cumanya setiap negara atau tempat perlu ada kaedah dalam penambah baikan terutama pengurusan pokok, infra hijau dan kini kanopi agar membina pembanguna­n lestari yang manpan,” katanya.

Tambah Dr Osman, hala tuju itu sejajar dengan inisiatif ILAM dalam Persidanga­n Arkitek Landskap Sedunia (IFLA 2020) secara maya berlangsun­g pada Ogos lalu mengenai hala tuju badan dunia itu dalam komitmen untuk tangani krisis pemanasan global.

“Malaysia turut menyertai komitmen 70,000 arkitek landskap dunia menerusi ILAM apabila menyatakan komited terhadap deklarasi mengehadka­n peningkata­n suhu dunia sehingga

1.5 darjah Celsius dan mengurangk­an pembebasan karbon.

“Isu pemanasan global masih menjadi agenda utama dipersetuj­ui dan dibincangk­an penggiat arkitek landskap sedunia termasukla­h dalam persidanga­n IFLA pada

Ogos baru-baru ini yang dilangsung­kan menerusi dalam talian.

“Malaysia sebagai tuan rumah dan penganjura­n rasmi menerusi ILAM, melihat usaha menangani krisis iklim dengan mengiktira­f prinsip kepentinga­n kesatuan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta Sasaran Pembanguna­n Lestari (SDG),” katanya.

Tambah Dr Osman lagi, menyedari realiti apabila 70 peratus penduduk dunia menghuni kawasan bandar menjelang tahun 2050, intervensi bersifat holistik dalam mewujudkan ekosistem lestari penting dengan memperkasa­kan kepakaran dalam bidang berkaitan, penggunaan teknologi dan inovasi bebas karbon selain perancanga­n, pembanguna­n dan pengurusan sumber serta aset hijau yang lebih sistematik.

“Antara inisiatif ILAM untuk memastikan pembanguna­n sesuatu kawasan berjalan selaras dengan aktiviti karbon rendah dan menangani pemanasan global, Panduan Pengurusan Terbaik Pemulihara­an Pokok dan Pengurusan Infrastruk­tur Hijau dikeluarka­n

September baru-baru ini.

“Panduan ini penting kerana menjadi rujukan lengkap buat arkitek landskap dan agensi pelaksana yang diamanahka­n untuk menyediaka­n laporan pemulihara­an pokok dan pengurusan infrastruk­tur hijau di kawasan hijau dan lapang bagi kelulusan sesuatu projek pembanguna­n.

“Ia dapat memastikan pembanguna­n itu selari ke arah peningkata­n kualiti kehidupan, keselamata­n dan kesejahter­aan pengguna selain kelestaria­n biodiversi­ti dan ekosistem setempat,” katanya.

Untuk penambahba­ikan, kata Dr Osman, pihaknya berhasrat untuk membuat manual khas iaitu Manual Pengurusan Kanopi Hijau Malaysia bagi meningkatk­an pengurusan ekosistem landskap lestari jangka masa panjang.

“Malaysia memiliki pelbagai taman awam dan juga persendiri­an selain ruang lingkup hijau yang perlu diurus selia bagi memastikan kelangsung­an.

“Namun peringkat pengurusan setakat ini tiada panduan atau manual dapat mengetenga­hkan aspek penting termasukla­h pengurusan pokok warisan, identiti, budaya serta pengurusan risiko diperincik­an.

“Jadi pihak kami bercadang untuk sediakan manual lengkap yang dapat memberi panduan tepat dan lebih sistematik supaya aset kanopi dalam negara dapat diurus dan sentiasa dalam keadaan terjaga dengan baik,” katanya.

Tidak hanya tampil dengan pelbagai manual dan panduan dalam merealisas­ikan komitmen untuk tangani isu pemanasan global, kata Dr Osman pihaknya tidak lupa menyediaka­n tenaga kepakaran dapat menyambung kesinambun­gan usaha lestari itu.

“Tenaga kepakaran juga perlu dalam menyediaka­n masyarakat terhadap gaya hidup lestari.

Seperti program sarjana Pengurusan Landskap Lestari kini diwujudkan di UPM sudah masuk pengambila­n tahun ketiga diharap dapat menyumbang kepada menjalanka­n gerak kerja dan pelan untuk pembanguna­n dan pengurusan lestari,” katanya.

Antara usaha lain pihaknya turut berkerjasa­ma dengan masyarakat untuk mewujudkan komuniti kebun bandar yang dapat meningkatk­an laman hijau selain mengurangk­an karbon di kawasan bandar.

 ?? ?? TAMAN awam perlu ada pengurusan standard memastikan kelangsung­an dan ia juga penting dalam elemen menurunkan suhu setempat.
TAMAN awam perlu ada pengurusan standard memastikan kelangsung­an dan ia juga penting dalam elemen menurunkan suhu setempat.
 ?? ?? POKOK ditanda atau ditanam sebelum dipindahka­n antara salah satu amalan dalam memulihara aset hijau.
POKOK ditanda atau ditanam sebelum dipindahka­n antara salah satu amalan dalam memulihara aset hijau.
 ?? ?? DR OSMAN melihat pemanasan global hanya dapat diatasi dengan memperkasa­kan aset dan infrastruk­tur hijau dan mengurangk­an aktiviti menghasilk­an karbon.
DR OSMAN melihat pemanasan global hanya dapat diatasi dengan memperkasa­kan aset dan infrastruk­tur hijau dan mengurangk­an aktiviti menghasilk­an karbon.
 ?? ?? BANGUNAN juga perlu diterapkan elemen hijau agar mengurangk­an penghasila­n karbon.
BANGUNAN juga perlu diterapkan elemen hijau agar mengurangk­an penghasila­n karbon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia