Harian Metro

Awie akui tak dapat menahan kesedihan

-

Ipoh: “Dia mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak yang lebih baik,” kata penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie.

Katanya, arwah kelihatan garang, tetapi disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang baik kepada semua pelakon dan kru serta seorang yang periang.

“Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi dan pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak yang lebih baik.

“Dia yang membawa saya hingga kekal sebagai watak Husin dan sehingga ke akhir arwah memanggil saya dengan watak itu,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Mamat Khalid di kediamanny­a di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini, semalam.

Awie mengakui tidak dapat menahan kesedihan di atas kehilangan penerbit dan pengarah terkenal itu semalam.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa denngan Mamat ialah pada tayangan Kampung

Pisang Muzikal.

Menurutnya, dia menerima dua panggilan telefon daripada rakannya dari Perak namun tidak sempat menjawab kerana menjalani penggambar­an sebelum mendapat berita kematian Mamat.

“Apabila dihubungi rakan dari Perak, saya mula tidak sedap hati dan apabila diberitahu abang Mamat sudah tiada, luruh hati saya, pergi lagi seorang sahabat saya, abang saya,” katanya.

Katanya, beberapa minggu lalu, arwah ada menghantar mesej di aplikasi WhatsApp.

“Love you bro, cepat-cepat sembuh.’ Dia tidak pernah hantar mesej begitu dengan saya sebelum ini dan kalau bergurau pun kasar, tetapi kemudianny­a dia turut bertanya khabar,” katanya.

Sementara itu, Pekin Ibrahim turut meluahkan rasa kehilangan seseorang yang memberi ruang dan antara insan yang mengangkat­nya dalam industri seni.

“Kami rapat macam ayah sendiri dan sangat terasa kehilangan­nya. Dia antara orang yang terawal ambil saya berlakon,” katanya sebak.

Katanya, arwah kali terakhir berhubung dengannya melalui aplikasi WhatsApp

minggu lalu.

Dia sahabat dan abang yang baik kepada semua Awie

 ?? ?? Mamat Khalid (6 April 1963 - 24 Oktober 2021)
Mamat Khalid (6 April 1963 - 24 Oktober 2021)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia