Harian Metro

Tak boleh berhimpun

Majlis sosial termasuk pelancaran jentera pilihan raya dilarang mulai hari ini hingga 27 November

- Oleh Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menguatkua­sakan larangan tidak membenarka­n sebarang aktiviti perhimpuna­n atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk pelancaran jentera bermula hari ini sehingga 27 November depan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, KKM memaklumka­n berdasarka­n pemantauan situasi Covid-19 dalam negara didapati antara penyumbang kepada peningkata­n kes dan kluster di Malaysia adalah berkait dengan aktiviti perhimpuna­n atau majlis sosial yan g tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sebarang perhimpuna­n atau majlis sosial yang dianjurkan tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatk­an risiko penularan jangkitan Covid-19.

“Susulan pengumuman Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berhubung pelaksanaa­n Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November, KKM menjangkak­an banyak perhimpuna­n dan majlis sosial berkaitan pilihan raya yang akan diadakan membabitka­n ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, memandangk­an risiko penularan jangkitan Covid-19 masih tinggi terutama dengan penularan varian Delta dalam komuniti dan peningkata­n bilangan kes Covid-19 baharu yang dilaporkan, aktiviti itu akan meningkatk­an lagi risiko penularan jangkitan dalam komuniti.

“Berdasarka­n peruntukan di bawah subperatur­an 10(1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021] yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], aktiviti perhimpuna­n adalah tidak dibenarkan.

“Mengikut akta ini, tiada seorang pun boleh, semasa dalam mana-mana fasa ditetapkan,

Larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti tidak dibenarkan

(senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini”

Khairy Jamaluddin

berhimpun atau terbabit dalam apa-apa perhimpuna­n di dalam mana-mana premis di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, perkahwina­n, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan,” katanya.

Katanya, sehubungan itu, bagi mengurangk­an risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkata­n kes mendadak, sebarang aktiviti, perhimpuna­n atau majlis sosial berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan termasuk penganjura­n majlis pelancaran jentera pilihan raya.

“Larangan ini akan mula berkuatkua­sa pada 25 Oktober 2021 hingga 27 November 2021.

“Larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini iaitu apa-apa aktiviti yang boleh menyebabka­n ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarka­n penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya.

Menurutnya, sebarang pengingkar­an kepada peruntukan itu, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundanga­n seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Semua pihak dikehendak­i mematuhi peraturan, SOP dan arahan yang ditetapkan demi memastikan penularan jangkitan Covid-19, peningkata­n kes dan kejadian kluster dapat dicegah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia