Harian Metro

Hantar sampel tisu untuk ujian

-

Laporan bedah siasat terhadap seorang remaja berusia 14 tahun yang meninggal dunia pada 8 Oktober lepas selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 mendapati remaja berkenaan mempunyai ketumbuhan di ovari dan anomali struktur jantung.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berkata, sampel tisu dalam badan Allahyarha­mah Noor Hayati Nabila Abdullah dihantar ke Pakar Perubatan Forensik Patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Keputusan pemeriksaa­n lanjut itu dijangka diperoleh antara 24 Oktober hingga 28 Oktober ini. Pelbagai ujian darah dihantar ke makmal dan masih menunggu keputusan.

“Laporan bedah siasat ini dikategori­kan masih belum lengkap kerana keputusan uji kaji masih belum diterima. Laporan bedah siasat yang lengkap adalah perlu bagi mendapatka­n sebab kematian Allahyarha­mah. JKNJ mengambil perhatian di atas perkara yang sudah tular,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Aman berkata, pada 3 Oktober lepas, Noor Hayati Nabila sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 berjenama Comirnaty Pfizer dan status kesihatann­ya ketika pasca vaksin dalam keadaan baik, tidak menghidap demam, selesema, lemah sendi atau susah bernafas selain boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Beliau berkata, Noor Hayati Nabila dibawa Pegawai Penyiasat Balai Polis Batu Pahat ke Unit Perubatan Forensik

Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat pada 8 Oktober lepas atas sebab kematian mengejut selepas ditemukan meninggal dunia oleh ibunya di ruang tamu rumah.

“Hospital menerima permohonan bedah siasat daripada pihak polis daerah Batu Pahat. Temu bual lanjut oleh Pegawai Perubatan HSNI bersama waris mendapati Allahyarha­mah tidak mempunyai sebarang jenis penyakit dan alahan,” katanya.

Kelmarin, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menerusi hantaran di laman Facebookny­a mendakwa Noor Hayati Nabila meninggal dunia selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Dalam hantaran itu, Mohd Puad yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat turut meminta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluark­an keputusan bedah siasat dengan telus dan segera.

 ?? ?? GOLONGAN remaja ditemani penjaga yang hadir untuk mendapatka­n suntikan vaksin Covid-19 pada Program Vaksinasi Selangor (SelVax) Remaja di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, semalam.
GOLONGAN remaja ditemani penjaga yang hadir untuk mendapatka­n suntikan vaksin Covid-19 pada Program Vaksinasi Selangor (SelVax) Remaja di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, semalam.
 ?? ?? DR Aman
DR Aman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia