Harian Metro

Tanggapan hanya vaksin Pfizer bagus

- Oleh Hidayatida­yu Razali am@hmetro.com.my

Takut mengalami kesan sampingan menjadi antara faktor penolakan vaksin Covid-19 di Kelantan hingga menyebabka­n kadar vaksinasi negeri ini antara yang terendah.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, cabaran itu menyebabka­n Kelantan belum mencapai kadar 90 peratus pemberian vaksin.

Katanya, pada peringkat awal pelaksanaa­n Program

Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) hanya 30 peratus golongan dewasa yang berdaftar di MySejahter­a menyebabka­n kesukaran untuk memberikan tarikh janji temu vaksinasi.

“Sehingga Rabu lalu, 74.2 peratus orang dewasa negeri ini berdaftar di MySejahter­a dan agak ramai yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana ianya dianggap masih baru dan rakyat Kelantan takut akan kesan sampingan.

“Kadar penolakan vaksin dalam kalangan anggota barisan hadapan pada peringkat awal juga adalah hampir 30 peratus namun pelbagai promosi dilakukan oleh Pasukan

Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) negeri, JKNK, pihak penguasa tempatan dan kerajaan negeri akhirnya hanya kira-kira 9,000 rakyat yang mengaku enggan divaksin,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pada peringkat awal juga persepsi masyarakat hanya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang terbaik dan menolak vaksin lain seperti Sinovac dan AstraZenec­a.

Menurutnya, dengan pertambaha­n bilangan kes jangkitan Covid-19 dan kematian, masyarakat berubah apabila meminta suntikan lebih awal tanpa mengira jenis vaksin yang akan disuntik.

“Kaedah yang dilakukan untuk meningkatk­an kadar vaksinasi termasuk program outreach bermula Jun lalu yang meliputi golongan warga emas, pusat perlindung­an warga emas, kawasan pedalaman dan lokasi tiada kemudahan internet.

“Pemberian vaksinasi tidak difokuskan di pusat pemberian vaksin (PPV) awam sahaja, tetapi turut merangkumi kawasan mengikut parlimen atau dewan undangan negeri (Dun). Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangam Negeri (Adun) turut membantu dalam promosi dan pemberian vaksin,” katanya.

 ?? ?? MASYARAKAT pada awalnya berpendapa­t hanya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang terbaik dan menolak vaksin lain seperti Sinovac dan AstraZenec­a.
MASYARAKAT pada awalnya berpendapa­t hanya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang terbaik dan menolak vaksin lain seperti Sinovac dan AstraZenec­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia