Harian Metro

Perlu kuarantin 10 hari jika mengembara ke Singapura

-

Singapura:

Singapura menyenarai­kan Malaysia di bawah Kategori III berbanding Kategori IV sebelum ini selepas republik ini mengadakan semakan berkala mengenai situasi Covid-19.

Ini bermakna semua pengembara dari Malaysia perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah atau kediaman yang diisytihar­kan dalam Notis Tinggal di Rumah (SHN) di Singapura bermula 27 Oktober 2021.

Peraturan ke atas pengunjung dari Malaysia itu serta ahli keluarga mereka dibuat secara menyeluruh tidak mengira status vaksin dan sejarah perjalanan mereka, menurut Pasukan Petugas

Pelbagai Kementeria­n (MTF) mengenai Covid-19 semalam.

Selain Malaysia, negara lain yang bakal dimasukkan dalam kategori III adalah Kemboja, Mesir, Hungary, Indonesia, Israel, Mongolia, Qatar, Rwanda, Samoa, Seychelles, Afrika Selatan, Tonga, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam.

Singapura melaksanak­an penetapan empat kategori negara atau rantau pada Ogos tahun ini dengan kadar vaksinasi populasi sesebuah negara atau rantau menjadi asas untuk menentukan langkah kawalan di sempadan.

Keadaan Covid-19 di Malaysia

semakin baik dengan ketara dengan perangkaan pada Jumaat menunjukka­n 94.4 peratus penduduk dewasa di negara itu sudah pun lengkap menerima vaksin.

Dalam satu kenyataan media, MTF menyatakan: berdasarka­n syarat dalam kategori berkenaan, mereka tidak akan ditempatka­n di kemudahan khas SHN.

“Penduduk yang pulang seharusnya memastikan sudah mempunyai kediaman alternatif terlebih dulu andai rumah mereka tidak sesuai dijadikan SHN,” menurut kenyataan itu. Bagaimanap­un, MTF menegaskan, jika mereka yang memasuki negara itu tinggal di kediaman yang dihuni mereka yang belum divaksin serta berisiko, mereka amat digalakkan supaya menjalani tempoh kuarantin di dalam bilik serta mengurangk­an kontak dengan penghuni rumah yang lain. Mengenai prosedur saringan, mereka yang tertakluk dalam kuarantin kategori III tidak lagi perlu menjalani ujian saringan Antigen Rapid Test

(ARTs) pada hari ketiga dan ketujuh selepas tiba di negara itu.

Ini termasuk mereka yang tiba bermula 22 Oktober.

Semua yang tiba menerusi senarai Kategori III juga tidak lagi perlu menjalani saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) sewaktu ketibaan dan hanya perlu menjalani ujian PCR pada tarikh akhir tempoh SHN.

Bagaimanap­un, bagi Pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) yang dikeluarka­n Kementeria­n Tenaga Manusia (MOM), mereka perlu mematuhi beberapa peraturan dan syarat tambahan.

“Kami akan terus mengubah suai langkah kawalan sempadan sejajar dengan perkembang­aan keadaan dunia, supaya kami dapat kembali menyambung hubungan dengan dunia dan memulihkan kedudukan ekonomi republik ini di peringkat global,” kata pasukan berkenaan.

Bagi mereka yang tiba di republik itu tetapi bukan warga Singapura atau pemegang pas pemastauti­n, mereka boleh berada di Singapura untuk tempoh singkat andai mereka tiba dari negara yang disenaraik­an dalam Kategori I, kecuali mereka sudah pun disenarai dalam peraturan perjanjian Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) atau Laluan Khas Hijau.

Semua yang tiba menerusi senarai Kategori III tidak perlu menjalani saringan PCR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia